Isnin, April 12, 2010

perfeksi?


Itu hari aku sembang dengan segelintir umat. Dalam bualan seribu satu cerita. Dalam bualan berpuluh macam pendapat. Malamnya aku fikir balik sendirian bualan itu. Kalau aku jadi bahan bualan itu apa cerita dia, apa stori board dia.

*diam*
*ketawa sinis*

Itu yang tak dapat tahu. Kalau yang dapat tahu apa rasanya yang dibahan itu.
Sini aku mahu cerita apa yang aku tahu bila aku dibahan. Sini aku cerita apa rasanya bila dibahan.

Badan kepeng.
Suka tekan orang.
Gigi macam pagar.
Mulut tak boleh dijaga.
Perangai macam haram.
Penting diri sendiri.

Cerita bila aku dibahan. Enam cuma dalam pengetahuan. Yang selebihnya tak aku tahu.
Terima kasih lah kepada yang berani, ada guts nak suara pendapat pada aku.
Tak aku tak marah. Siriyesli. Sikit pun tidak.
Betul memang betul apa yang disuara itu.
Tapi potong jari lah kalau aku kata aku tak terasa. 

Aku mungkin bukan cik bedah yang rajin menampal hidung di celah kain orang.
Mungkin juga bukan cik kiah yang suka menyebar onar serata pekan.
Tipulah kalau aku kata aku tak ada intuisi semacam itu.

Lagi satu aku mahu sampaikan,
aku mungkin bukan teman kamu, famili kamu, kekasih kamu, seorang sesiapa untuk kamu.
Tapi kalau sudah tiada yang mahu memberi telinganya 
khabarkan saja.
Akan ku pasang telinga, ku kunci mulut.
Hanya diam dan mendengar. Kalau itu yang dimahu.

Lingkup cerita ini atas kata tuju aku pada yang membahan itu,
sini mahu aku suarakan bukan aku yang sempurna itu.
Bodoh lah kau kalau mahu cari yang sempurna dalam setiap umat.
Lupa kah kau apa yang diisi dalam otak kosong kau tu masa kecil dulu?
Sempurna itu hanya milik tuhan. Nak cari pada aku? bangang.

Ini pula untuk yang sedang, pernah, telah, akan mendamping aku selama hidup aku ini.
Terima kasih untuk segalanya.
Seburuk-buruk aku mahu kamu meneman.
Sehina-hina aku mahu kamu mendengar.
Seanjing-anjing aku mahu kamu menyayang.
Terima kasih in edvans. Sayang kamu. Hargai kamu.

Apa sebenarnya kau sampaikan?
Aduh a-san, kau ni cakap memang berbelit-belit lahh.
Kau nak ape sebenarnye?

*diam*

Sebenarnya aku sendiri kelam dengan apa yang aku cuba sampaikan ni -.-

Lantakkan. Tak ada hala tuju, tak ada motif, tak ada apa yang perlu ada. Sebabnya aku mahu keluarkan retorik aku yang lama bersarang dalam kepala otak. Dari dia buat aku merunsing, membingung.


Hilang rungsing sedikit,
a-san



Tiada ulasan: