Isnin, April 26, 2010

These are our theories ;) #001



Lama jugak lah penat aku memerah otak, akhirnya berjaya juga laksanakan satu task ni yang i-chi dah lama serahkan pada aku. Tajuk yang diberi i-chi "What's on Our Mind About Guys". Our tu maksudnya we girls lah.


Oleh sebab tajuk yang dia bagi tu macam susah, so aku alter sikit tajuk dia ikut suka hati aku. "What's on Our Mind After A Few Short Brainstorming Sessions With i-chi". So much of our thoughts lah sangat :p and here comes the big revelation :D




1. Lelaki belajar engineering sangat lah hot dan patut dijadikan boyfriend manakala yang belajar sains semua nerd dan susah nak jumpa yang kacak.
Komen a-san : Kalau yang dibandingkan lelaki belajar engineering dengan yang belajar sains, apa nasib yang belajar subjek lain pulak dah? Adakah mereka tersepit di tengah-tengah hot dan nerd?
Komen i-chi : Perempuan yang belajar engineering hot dakk? Perempuan yang belajar sains nerd ke? ahahahaa


2. We females can detect gays easily.
Komen a-san : i-chi cakap dia still tak boleh nak detect lagi. Nak kena belajar ilmu ni dari a-san yang dah pro mendetect gays
Komen i-chi : Gay sangat jambuuu. Please lah jadi straight. Jangan sia-siakan kejambuan anda. Perempuan mendambakan muka-muka seperti anda. Pleaseee


3. Setiap makhluk tuhan dalam dunia ni yang berjantina lelaki, tak kiralah baik macam mana sekalipun mesti ada pernah tengok porno. Kan? Kannn? Jangan nak tipulahhh.
Komen a-san : Polluted piece of mind. eh, tu tagline radioactive kan?
Komen i-chi : a-san pun bukak red tube, gay tube, x tube, lelaki lagi lahhhh XD


4. a-san thinks that Bill Kaulitz is gender-confused lol.
Komen a-san : Seriously, first time aku tengok Bill Kaulitz dalam mv Monsoon mati mati aku ingat dia perempuan. Hahahaha XD
Komen i-chi  : Sape Bill Kaulitz tu? Pelik pelik jela a-san hot hot heat ni. aku tak kenal -.-


5. Lelaki kalau pagi-pagi rambut basah maksudnya.. sebab..sebab..fikirlah sendiri.Haha. Unless mereka adalah golongan yang bekerja pagi atau ke sekolah. hahaha XD
Komen a-san : *rolling on the floor laughing* homigoddd...we're both having perverted minds XD
Komen i-chi  : lagi lagi kalau yg stok bangun lambat tu, tetiba mandi subuh subuh. haaa ape tuu


6. Semua lelaki, i stress that part again, SEMUA lelaki ada ego masing masing (bukan ego s merah yang didaftarkan bawah nama Siti Jamila Mat tu). Yang membezakannya hanyalah kecik dan besar mana ego mereka itu.
Komen a-san : apekehenye -.-.
Komen i-chi : Ego S hitam aku adelah :p


7. Perut lelaki boleh diibaratkan macam tong deram. Dalam bahasa mudahnya, sumbat selagi boleh.
Komen a-san : Agak-agak kalau rasa tak boleh nak habiskan makanan tu tolak je kat diorang. Sure licin lah.
Komen i-chi : Abang lawa pun sama jugak tergolong sekali. Eh kejap, abang lawa memang lelaki pun. Memanglahhh


8. Lelaki kalau dah berkumpul ramai-ramai topik perbincangan diorang mesti ada terselit pasal kutuk-kutuk perempuan. Mesti punya lah.
Komen a-san : Aku ingat perempuan je yang kuat kutuk-mengutuk ni. Hahaha
Komen i-chi : Lelaki lagi kuat mengutuk dari perempuan. Adik incredible aku tu pun dah mengaku :p


9.Lelaki boleh mengulang pakai baju yang sama selama beberapa hari berturut-turut tak payah basuh selagi tak busuk.
Komen a-san : ye ah tak busuk tapi bau pengap kot -.-
Komen i-chi : jangan ingat ktorang perempuan tak perasan. lagi hebat ade yang boleh kongsi-kongsi baju busuk sesama member. haha XD


10.Peliknya ada lelaki minat Christofer Drew 
Komen a-san : duhh, pehal laki tu -.- bapuk ke hape. aku sorang je boleh minat Christofer Drew. Auwww
Komen i-chi : Jambuu kot. Sape yang minat Christofer Drew tu? maii maii i-chi nak kenai ni ;)






So much of our theories,
a-san feat i-chi




Disclaimer : Kajian dijalankan secara teoritikal oleh a-san dan i-chi berdasarkan pembacaan ilmiah serta observasi ke atas lelaki-lelaki tipikal seluruh dunia. Kalau anda rasa anda lelaki hot, maka anda tidak ada kena-mengena dengan teori-teori di atas.

Sabtu, April 24, 2010

laluan



Makin berubah belakangan ini.
Makin menjadi perangainya.
Makin pandai berdalih kerap kali.


Bisa dilihat pada sfera matamu.
Bisa dierti pada otakmu.
Yang sedar dan yang tidak.
Aku sedar, aku makin berubah.


Aku yang degil.
Aku yang kepala angin.
Aku yang suka mencari pasal.
Aku yang malas mengerah keringat.
Aku yang fikirnya tak pernah nak elok.
Aku yang suka keriet segala macam alasan.


*diam*


Sini mahu aku katakan, ini jalan yang aku pilih.
Antara benar dan tidak. Antara betul dan salah.
Tidak lagi mahu aku persoalkan.



Pada yang memandang jelik cara aku, tidak, aku tak meletak salah pada kau.
Mungkin kau betul, mungkin cara aku ini hanya menambah dosa, mungkin....segalanya bertiti atas kata mungkin itu.
Kau jelik dengan cara aku, tak apalah. Terima kasih in edvans sebab pernah mengenal aku.
Kau mahu fuck off dari hidup aku silakanlah. Bukan aku paksa.
Kau mahu tetap dalam hidup aku marilah. Aku akan hargai kamu sepatutnya.


Pada yang senang dengan cara aku, senyum lebar aku beri pada kamu.
Tidak mahu aku menarik kamu ikut serta dalam cara aku, tapi jika itu yang kamu mahu. Sukahatilah.
Tidak relevan atau tidak patut, tapi inilah jalan yang telah aku pilih.


Harap semuanya akan baik,
a-san

Jumaat, April 23, 2010

tag #002


How are you?
I am fine. Thank You :)

Who was the last person you hugged?
Hmm..sape uhh *flashback* budak busuukk tu kot :p

Look to your left, what do you see?
Headphones

Whats your fave film?
The Blair Witch Project

Do you play video games? if so, which is your fave game?
Super Mario Bros. haha

What are you listening to right now?
Mark Ronson feat Alex Greenwald - Just (Radiohead Cover)

Are you happy with your life right now?
Yes, I am.

Who's your significant other?
Shafiq Rafei ♥♥

What was the last movie you've watched and with who?
Wolfman kot dengan i-chi, zee, budak busuukk tuu

Whats your fave food?
Laksa. Yelahh, awak tekak orang melayu je

Do you have any blogs on your myspace?
ada ada ada :D

What is/are your fave thing(s) in your room?
banyak kot. poster The Killers, hair dryer, stereo set dh nak jahanam tuu, wall yang penuh dengan kodak moments ^^, hair crimper, oh ohhh itu GRÖNÖ table lamp bday gift from miss nina (thanks kakak!), lagi ape yee, tah laa, et ceteraaaa

Is this quiz boring you?
Aku dah memang boring dari awal. Kau ingat ape sebab aku ambik tag ni? -.-

When was the last time you lied?
Baru je kejap tadi

Are your lips chapped?
Nope. Tak pernah pakai chapstick pun.

*****************


- FILL IN 6 RANDOM PEOPLE. DON’T LOOK DOWN UNTIL YOU’RE DONE. DON’T SWITCH ANY OF THEM

- answer the questions truthfully

1. izatul yusoff
2. shafiq rafei
3. jamila mat
4. izzati athirah
5. shamie eezwan 
6. nor shafiq

Have you slept in the same bed with number 2?
ouhh :p

Where did you meet number 6?
tennis court sekolah kebangsaan kampung bahagia

Have you ever gotten drunk with number 4?
belum lagi

Has 1 been to your house?
yeah yeah yeah

Have you ever gone shopping with 3?
pernah pernah pernah

Do you know number 4’s middle name?
Izzati?

Have you eaten anything infront of number 6?
anything anything

Do you trust number 2?
ofkos lahh

Have you ever fought with number 1?
setakat ni belum lagi kan chi?

When’s the last time you talked to 5 in person?
haritu kot

Do you think 4 and 5 would make a good couple?
They already are ;)

Would 3 do anything for you?
Ila, would you?

Has 2 ever helped you out?
All the time, when in need. Thank you so muchhhh :*

Have you ever fell asleep with 1 and 4?
1 selalu sangat, 4 entahhh

Which have you known the longest?
3

Who have you known the shortest?
6

********************

Tag lagi lima orang
ehh reti pun nak tanya pakai bahasa melayuu -.-
Malas. Sape rasa nak jawab benda ni jawab la.

Let's go skinny dipping
Wuu skinny dipping. haa jom jom. hahah.

Any last words?
Groovy baby! :D

Jumaat, April 16, 2010

macam suey


Oyeah. Mood aku kali ni mood nak bercerita pasal hari aku dalam tatabahasa yang tunggang-langgang. Ahah.
Okay, harini (semalam, 15April) aku terasa macam suey sangat. Bad luck aku dari semalam (kelmarin, 14April) bawak ke harini.

Bangun pagi sekitar 7.00a.m. aku dah rasa tak sedap hati dah. Rasa macam ada benda tak kena harini.
"Ah a-san, lantakkan. Jangan hiraukan sangat rasa tu. Kau kan nak pegi makan sarapan dengan budak busuukk tu kejap lagi kan. Chill lah."
Hmm..okay. Bukak pintu bilik,
"ehh pukul berapa ni? Apsal Puan Noor Aziah dengan Ahmad Suhail Mizan masih dirumah lagi?"
Alamaaaakkk...cancel cancel >.<
"Hello..hmm. Mak ada kat rumah tak kerja harini nak jaga mican dia demam. Tak jadi lah karang. Cancel ye. Next time okay. Sorry :("

Hmmphhh....*muka frust*. Tidur balik la dah camtu jadinya.
Uhh. Adehh. Bagus. Bagus sangatlah. Perut sakit, rasa nak muntah. Pagi ni jugaklah nak kena food poisoningnyaaaaa. Haihh. Jangan tanya berapa kali aku keluar masuk jamban nak memuntahkan balik segala makanan tercemar itu.

11.30-3.00 Approximately three and half an hour. Apa nak dibuat ni???
*tekan tekan taip*

Ahaaa...tengah hari tu berWHN sekitar bandaraya metropolitan Teluk Intan.
Dan....highlight of THA day :D

Di sebuah persimpangan jalan raya (persimpangan sebenar dirahsiakan), incik pilot sedang menumpukan perhatian mahu cross the road, cik co-pilot pulak melihat ke arah incik pilot mahu admiring pujaan hatinya. Tapi...tapi..waktu itu ada yang lebih menarik perhatian cik co-pilot daripada pilotnya itu. Straight forward dari arah kanan lima batu nautika ke timur, dari jauh datang lagenda hijau melulu lajuuu.....gedeganggg!!! (saun efek lima bintang). Co-pilot menjerit (dalam hati je, agaklah aku nak menjerit at that point. tak macho derr. tak machoo). Lagenda terbabas, melambung, berpusing-pusing (hiperbola semata). Homigoddd...siriyesli shocked siaaa. Aku dah cuak gila time tu dohh, tengok orang tu marah-marah lagi dah halo halo sape tah. Otak dah fikir bukan bukan dengan sedikit rasa trauma. Oh yeah, kau duduk diam je kan a-san? Tak tau nak buat apa. Pandai. Memang pandai sangat kau handle situation ni a-san. Bravo! Bravo!

Untung laa..kau ada hero who saved tha day yang pandai menyelesaikan masalah. Cool saja dia settlekan segala sedangkan aku yang dalam kereta dah rasa haruuu sangat. In the end, destinasi terakhir ke tempat yang dirasakan paling selamat. Hahaha. Pandai pandailah nak teka tempat tu. Saki baki masa dihabiskan dengan duduk tak buat apa sambil menenangkan diri masing-masing.

Petang pulak lepak dengan yang tersayang (yeah, percayalah. aku sayang korang sume. tak tipuu). Teruja sikit sebab nak pergi main inline. Lame beno dah tak main inlinenye yeoppp (kalau kak nor ni mesti dia cakap aku dah sangap nak main ni. hahaha). Tapi yelahh kan, tajuk pun 'macam suey', tah berapa kali terjatuh, tersembam, tergelincir macam orang tak pernah main inline seumur hidup. Fyi, dengan riaknya aku nak bagitau ni aku tak pernah lagi terjatuh sepanjang berinline skating sampailah ke hari yang macam suey ni -.-"

Lepas petang, kalau skip senja, malam lah kan? Yes, yes! Malam ni yang paling aku tunggu :D Sebab apa? Sebab..sebab...sebab aku dah lama tak keluar malam. Dah lupa dah apa rupa Teluk Intan waktu malam (tipu). Dalam seronok-seronok malam tu pun sueynya still ada lagi. Haihh bila la nak sampai expiry date dia nih? Haa oke. Malam tu tak payah la cerita apa aktiviti aku. Yang dah tau tu senyap senyap jelah. Itu malam, bertemankan bad luck yang mendampingi sepanjang hari, aku yang lemah ni (cecewaahh) dikenakan tumbukan padu seorang lelaki dalam lewat 20an tepat mengenai mata kiri yang aku sayang sangat. Oh, kalau nak tau aku paling sayang kat mata aku lebih. Fo yo info jelahh.
Back to the stori,
Uhh..mate aku >.<
"Demmm. Hidung aku! Please pleaseeee jangan lah berdarah. Jangan lah kat sini. Bukan waktu ni" 
Serangan balas aku nak terajang kepala orang tu tak berjaya. 
"Kamon lahhh,you can do it better and faster",better and faster?Wakk lu. 
Provokelah aku macam mana pun, kalau dah tak larat namanya tu memang aku tak larat lah. Lagi satu, orang tu yang panjang macam galah dengan aku yang kaki pendek. Ada paham? 
Kalau tak paham meh sini aku buat mathematical equation dia,
(kaki pendek + sakit + tak larat) - panjang macam galah = agak-agak kena dak?

Balik rumah tak boleh nak tidur dengan badan yang sakit. Terima kasih in edvans dekat dua orang ni yang i most adored sebab ada nak temankan aku, layan kerenah aku sampai tiga pagi. Thanks suwit hart. Thanks sayang. Ilebiu =)

-TAMMAT-

Morale of the stori : Kalau saja nak cari masalah, cari pasal, for sure akan dapatlah *kata-kata seorang yang berpengalaman*

Tapi kau memang trouble-seeker kan? 
Sepanjang hidup suka cari masalah. 
Padan muka kau a-san, sape suruh keluar rumah sakan sampai tak ingat nak balik rumah.

Oh ohh. Tengah hari tu will be our top ten best moments together kann :D and and and mata aku, sikit punya cantiklahhh lebam dia. Warna hitam. Macam panda dia cakap. Mekaseh sayang sebab tuamkan ais kat mata tu :p Azam tahun baru aku kali ni, aku taknak keluar rumah bersosial dengan teman-teman hinggalah hari Ahad berlalu bersama-sama lebam di mata ini. Hahahahaaa
Last words, viva la suey day -.-'


I think I'm jinxed,
a-san

Rabu, April 14, 2010

Macam mana ni?


Mungkin cerita lama bagi yang dah tau.
Tapi ini aku yang baru tau.

I found out this matter is shocking and revealing.

Cuba korang tukar setiap 'blogspot' pada url ni kepada 'blogpsot'.
Swapkan huruf p dan s.

contoh terdekat,

http://anishthatsthename.blogspot.com 
tukar jadi 
http://anishthatsthename.blogpsot.com 
dan lihat.
Amazingly berkesan pada setiap blog.
first word that came out from my mouth, "fuck"
Suatu peringatan pada yang lain. Hati-hati.
Aku sendiri tak tahu nak buat apa. -.-"

So unlucky of me,
a-san

Isnin, April 12, 2010

perfeksi?


Itu hari aku sembang dengan segelintir umat. Dalam bualan seribu satu cerita. Dalam bualan berpuluh macam pendapat. Malamnya aku fikir balik sendirian bualan itu. Kalau aku jadi bahan bualan itu apa cerita dia, apa stori board dia.

*diam*
*ketawa sinis*

Itu yang tak dapat tahu. Kalau yang dapat tahu apa rasanya yang dibahan itu.
Sini aku mahu cerita apa yang aku tahu bila aku dibahan. Sini aku cerita apa rasanya bila dibahan.

Badan kepeng.
Suka tekan orang.
Gigi macam pagar.
Mulut tak boleh dijaga.
Perangai macam haram.
Penting diri sendiri.

Cerita bila aku dibahan. Enam cuma dalam pengetahuan. Yang selebihnya tak aku tahu.
Terima kasih lah kepada yang berani, ada guts nak suara pendapat pada aku.
Tak aku tak marah. Siriyesli. Sikit pun tidak.
Betul memang betul apa yang disuara itu.
Tapi potong jari lah kalau aku kata aku tak terasa. 

Aku mungkin bukan cik bedah yang rajin menampal hidung di celah kain orang.
Mungkin juga bukan cik kiah yang suka menyebar onar serata pekan.
Tipulah kalau aku kata aku tak ada intuisi semacam itu.

Lagi satu aku mahu sampaikan,
aku mungkin bukan teman kamu, famili kamu, kekasih kamu, seorang sesiapa untuk kamu.
Tapi kalau sudah tiada yang mahu memberi telinganya 
khabarkan saja.
Akan ku pasang telinga, ku kunci mulut.
Hanya diam dan mendengar. Kalau itu yang dimahu.

Lingkup cerita ini atas kata tuju aku pada yang membahan itu,
sini mahu aku suarakan bukan aku yang sempurna itu.
Bodoh lah kau kalau mahu cari yang sempurna dalam setiap umat.
Lupa kah kau apa yang diisi dalam otak kosong kau tu masa kecil dulu?
Sempurna itu hanya milik tuhan. Nak cari pada aku? bangang.

Ini pula untuk yang sedang, pernah, telah, akan mendamping aku selama hidup aku ini.
Terima kasih untuk segalanya.
Seburuk-buruk aku mahu kamu meneman.
Sehina-hina aku mahu kamu mendengar.
Seanjing-anjing aku mahu kamu menyayang.
Terima kasih in edvans. Sayang kamu. Hargai kamu.

Apa sebenarnya kau sampaikan?
Aduh a-san, kau ni cakap memang berbelit-belit lahh.
Kau nak ape sebenarnye?

*diam*

Sebenarnya aku sendiri kelam dengan apa yang aku cuba sampaikan ni -.-

Lantakkan. Tak ada hala tuju, tak ada motif, tak ada apa yang perlu ada. Sebabnya aku mahu keluarkan retorik aku yang lama bersarang dalam kepala otak. Dari dia buat aku merunsing, membingung.


Hilang rungsing sedikit,
a-san



Khamis, April 01, 2010

partaaayyyy XD

First of all,
Happy 18th Birthday Nurul Izatul Akmar Yusoff

May Allah bless you :)



cewaahhh. 18. legal dah nk beli rokok, own a shotgun, pegi clubbing, tgk pornos, mengedar weed, bunuh orang, et ceteraaaa XD

lepas ni kau nak masuk paragon dah tak payah pakai fake ID lagi dah. :p

tho hujan lebat gila2, tapi plan still on kan. kan. :D
ni stori kau tak tau, plan asal ktorang nak buat kat intanova. tepi sungai tuu bolehla main2 tepung ke ape ke. iejatt teruja nak main tepung wei. tapi sbb cuaca minggu ni kau tau2 jela kan. sooo, tukar lahh plan. kte buat indoor sajelahh.

chi you punya bday gift tak ada. sori oh :(
supersampler tu next time i bagi. gaji tak masuk lagi lol
and and and if abang lawa dah belikan you supersampler then i dah tak payah la ye :p
haha

bday i pulak nanti on november i nak supersampler jugak
if tak boleh, you can consider this four : actionsampler, diana, holga(i prefer this ;p), xbox 360 lol



here are the snippets of the day :






*clockwise dari kiri : shafiq, shafiq, izatul, izzati, shamie, jamila, faez




*part paling seronok dapat main kejar2 :D






fun having dinner sama2. semua ada (almost)

fun main snow spray plus string spray. next beli lagi sorang satu

fun tengok semua orang muka tahan sejuk. aku and iejatt tak tahan sampai menggigil

fun tengok izatul dengan izzati kejar shafiq + faez

fun dapat buat semua tu.



that's all lah. nak lagi pegi baca blog orang ni dan orang ni. aku takda mood nak cerita banyak2. haha




Happy Bday Suwit Hart,

a-san








disclaimer : sesiapa yang berkenaan kalau rasa sakit perut lepas makan kek tu, i'm very very sorry :( sebab tu first time aku buat brownie. selama ni plain mud choc saje. ohkaaayyy?