Rabu, Februari 24, 2010

haihh.

+ i-chi please stay by my side. you don't know how much i need you at this time. you helped me dealing with all the situations happening to me these lately. you always know how to make feel better when needed. seriously, i cried when i think of this.

+ we started from zero and it will increase little by little as time passes until there's too much to count. is it alright sayang?

+ izat i-chi, ila, iejatt moshibots. thanks korang sebab created satu lagi mood indah waktu petang bersama semalam ;D

+ a-san, be ashamed of yourself! wake up!! other people are better than you! jangan jadi bodoh la!

+ kakak kakak kakak kakak. mish nina radzi, kenapa balik sekejap sangat. tak boleh hang out dengan kakak lama2 macam dulu lagi :(

+ a short talk with her was enough. kau buat aku goyaangg laa. boleh ke aku compete with that??

+ you. yeah, you. please don't mess up with my mind lagi okay girl. please move on. penat la aku nak layan kau.

+ i'm messed up. a total no! no! for my brain.

+ aku perlu tukar mindset. optimistik bukan pesimistik. hai otak, ingat tu!

+ chill girl chill..everything will be just fine.

the one who's talkin to herself,
a-san

Isnin, Februari 22, 2010

entri rasa tak puas hati untuk yang terasa bila membaca

Hidupnya aku di dunia ini bukan untuk capai kemahuan orang lain.
Bilamana ada yang tak puas hati dengan cara aku.
Aku tak mahu, ingatnya aku bongkak.
Aku diam aku, katanya aku sombong.
Aku beria curah perhatian, fikirnya aku kaki ampu.

Kau terasa?
Apa aku kisah. Bukan aku kata kau.
Umum untuk semua. Yang terasa pedas itu padan muka kau.
Tak ada masa aku nak buat entri khas untuk kau seorang.

Manusia mana yang suka hatinya menjaja cerita.
Cerita manusia lain diheboh-heboh. Itu manusia badan sibuk.
Kalau aku manusia badan sibuk,
Aku gebang sana-sini.
Kalau aku manusia badan sibuk,
Aku sebar onar serata pekan.
Kalau aku manusia badan sibuk,
Aku cetus provokasi.

*ketawa*

Manusia yang kau panggil a-san itu poseur.
a-san kopiket.
a-san ciplak idea orang.
a-san buat plagiarisme.
Jangan la kawan dengan a-san kalau dah macam tu.

Hey kamu!
Ya. Kamu.
Aku kopiket sebab aku suka ideanya yang bukan aku ciplak demi plagiarisme semata.
Aku suka caranya bawa bahasa.
Bahasanya yang buka minat aku.
Bahasa setinggi bahasanya tak mampu aku nak capai.
So aku ambil balik katanya letak dalam kata aku.
Haha.
Ha.

Aku, aku.
Kau, kau.
Aku tak pernah teringin nak jadi kau.
Kau lagi tak mahu jadi aku. Kan? Kan?
Kau tak suka aku?
Kau menyampah dengan aku?
Kau benci aku?
Apa aku boleh buat?
Kau la fuck off.
Jangan ambil berat dekat aku lagi.
Bagi otak aku ruang. Seksa neuron aku nak ambil kisah pada orang yang benci aku.
Terima kasih in edvans.


Yang buat entri ni sambil gelak-gelak suka hati,
a-san

Sabtu, Februari 20, 2010

tag #001, boredom kills



Pick 3 people you trust with your life
ayah
mak
i-chi


Who is the 4th person on your missed call list on your cell phone?
Ghumah. wait. that's not even a person


What is your favorite class besides lunch?
Englishhhh :D


Who are your top5 on myspace?
i-chi
shafiq
=shiraro=
(-oPiE-)
RARA


Why are they in this place?
cuz i luv them :D


Congratulations! You've got a son. What's his name?
*ermm..fikir dulu* Gharizaa *jap fikir balik* haa..okee.. his name is Gharizaa

Do you have any friends that you've known for 10 years or more?

jyeah. Ila. Known her for my whole my life.


By what age would you like to be married?
as early as 25 and as late as 28 :p


What's the most you have spent for a haircut?
err..RM13 kot


Have you ever had a crush on a teacher?
sape nama cikgu tu haa?? ohhh Sir Zain Azrai. wuu :p


Beatles or Stones?
Beatles lahh


If you had to pick one person on earth to die, who?
Bruno


Beer, wine or hard liquor?
haram


Do you have any phobias?
clowns. hate em -.-


What are your plans for the future?
live well


What do you do as soon as you walk in the house?
Bagi salam


Do you like horror or comedy?
i prefer horror


Are you missing anyone?
yeah


Where do you want to live when you are old?
a nice place


If you could date any celebrity past or present, who would it be?
Ed Westwick, Paul Griffiths, Alex Turner


What did you dream last night?
none


What is your favorite sport to watch?
rugby


Do you sing in the shower?
jyeah. part-timer. haha


Have you ever caught a fish?
yupp. luv it. ayah, jum turun bendang lagi. hee :D


What is your middle name?
Fathnin


Favorite curse word?
pfhuckkk
shite


How many cards do you have in your wallet/purse?:
one, two, three, four, five.. five.


Favorite movie?
The Blair Witch Project


Favorite flower?
Gerbera Daisy


What's your ringtone?
John Lennon - Stand by Me


Favorite color?
Lilac


How many pets do you have and what are their names?
just one, Thom


What do you miss about your school?
lots. the teachers. the surroundings. library. BOSS. band practice. skipping classes. the hall. that prohibited secret room. the view of teluk intan from school rooftop. cantin. et ceteraa..


What do you craving for right now?
Blueberry cheese cake. *drooling*


What was your last drink?
Apple flavoured Tropicana Twister


What are you looking forward for?
This Monday. tee-hee :D

Rabu, Februari 17, 2010

Special Dedication

Happy 44th Birthday Ayah & Mak :D
i u

Selasa, Februari 16, 2010

Kelam-kabut

Semua nak jadi waktu ni. Cuti dah bukan cuti. Diorang balik, aku suka. Elok2 semua ada macam2 jadi. Kelam-kabut. Definisi diri aku minggu ini.

Kelam-kabut #1
: Duit takda. Papa kedana satu minggu nih. Haihh =.=' Nak beli barang pinjam dulu dekat ayah, lain kali ganti. Sorry ayah.

Kelam-kabut #2
: Aku buat lagi. Bila aku lupa diri keluar perangai buruk. Aku cetus provokasi. Yang tak patut cerita aku cerita. Sorry sayang.

Kelam-kabut #3
: Dia sakit. Tu dah memang hakikat. Semua orang pun cakap, "Tak boleh buat apa dah. tunggu masa saja." Tiap kali aku temankan dia pergi jumpa doktor, doktor kata "jangan bagi dia makan itu, makan ini. okay?" "okaaay doktor". Tapi bila dekat rumah semua dia nak makan. Aku nak bagi salah, tak bagi salah. Mak kata jangan bagi, mak ngah pulak kata bagi je nanti dia dah takda kamu menyesal. Macam mana niii??? Anak2 dia sendiri cakap macam tu, aku yang muda ni nak buat yang mana satu? Dia pulak, tiap-tiap masa panggil aku suruh buat itu ini. Tak mampu aku nak buat tiap masa. Bila larat je baru aku pergi kat dia. Awal-awal dulu memang aku menangis, tak boleh terima. Tapi sekarang, nak menangis pun aku dah penat. Aku terima saja hakikat. Sorry opah.

Kelam-kabut #4
: Sakit datang balik. Tak apalah. Aku dah biasa. Tinggal nak makan ubat je. Sorry badan.

Kelam-kabut #5
: Makhluk paling aku sayang sakit jugak. Mata dia dah sakit. Dia dah tua :( Aku selalu lupa nak bagi dia makan. Bila balik rumah dia cari aku bising2 mintak makan. Aku buat tak tahu saja. Sorry Thom.

Kelam-kabut #6
: Amad kena pelentung. Aku tak nak dekat dengan dia. Sorry Amad.

Kelam-kabut #7
: Lepas Amad, Mican demam. Tengah hari tu, dia baring dekat aku. "Mican, pegi baring dalam bilik kat akon, luar ni panas." Dia nak baring dekat aku jugak. Senyap je. Tengok2 dia badan dia kejang. Menjerit aku "ayaaahhhh!!!" . Kaku. Aku tak tau nak buat apa. Mak dengan ayah cepat2 bawa Mican pegi hospital. Shiraro tanya "apsal?". Aku belurr lagi. Tau2 je menangis tak boleh nak jawab. Kenapalahhh aku tak boleh perasan dia nak kejang lagi. Sorry Mican.

Kelam-kabut #8
: Mican kena warded. Yang sorang ni tak balik2 lagi dari pagi. "Woi, ko tau tak adik kau kena warded. Tak ingat rumah ke!" Ayah dengan mak tak ada, hal dekat rumah semua aku handle. Mana aku nak cari dia nihh? Kunci motor kena sorok pun kau boleh lagi merayap-rayap. No sorry untuk kau Opai.

Kelam-kabut #9
: Semua hal jadi. Waktu lepak Khamis kena cancel. Aku cakap kat diorang, "Kita tukar Isnin ye. Aku ada prob niii. Soriii". Nasiblah diorang faham. Sorry korang.

Kelam-kabut #10
: Cancel segala projek aku esok. Nak buat kek untuk birthday mak dengan ayah tak jadi. Diorang sendiri tengah susah hati. Sorry ayah & mak.

yang kelam-kabut,
a-san


Sabtu, Februari 13, 2010

Sabtu
13 Februari 2010
4.26 pagi

: apa aku buat pagi2 buta ni?
: kenapa tak tidur lagi?
: tak nak tidur
: kenapa? kenapa?
: mana boleh miss waktu2 precious nih ;D

yang tak tidur2 lagi,
a-san

Rabu, Februari 10, 2010

terbukti bila orang kata aku lampi =.=

dua malam sebelum hari kenduri. ada tiga orang anak dara ni kena in-charge belah depan rumah. segala pelamin, karpet, hiasan, diorang yang uruskan. haha.habis excited lah tiga2 tu. orang lain dapat kerja2 tak seronok diorang punya best.

sampai tengah malam menunggu. orang yang patut set-up pelamin tak jugak sampai2. tiga orang ni pun dah naik mengantuk dalam masa yang sama marah2 sebab abang buat pelamin tu lambat sangat. lepas sikit tengah malam datanglah tetamu kehormat itu.. lepas lama menunggu, siaplah pelamin yang dinanti-nanti. pun..ada jugak yang tak puas dihati. tiga anak dara ni mengomen, mengkritik, membetul apa yang boleh.

lebih kurang satu pagi semua dah bersurai. tiga anak dara ni pegi balik depan pelamin. sorang pergi tengok luar, cover line. sorang lagi pergi depan pelamin tengok apa yang tak kena. lagi seorang duduknya kat belakang pelamin melihat-lihat. tiga-tiga sependapat tak puas hati dengan hasil kerja abang pelamin tu. so..diorang pun membega-bega ikut suka hati je. untuk finishing, diorang cuba nak pasang segala lampu yang ada atas pelamin. dua orang anak dara yang lebih besar suruh anak dara lagi sorang yang paling muda. dia ikut jelah dah kakak-kakak dia suruh buat. "kau pegi belakang pelamin tu on semua suis". dia pun tengok belakang pelamin. wayar berselirat-selirat. dalam hati dia fikir, "banyaknye wayar. tak bahaya ke ni." tangannya mencapai-capai suis tapi tak tercapai. diambilnya lapik kaki pelamin buat tempat memanjat.

okay. sampai dah tapi tak sangat. tak apalah. tekan jela mana yang dapat. satu-satu suis dia tekan sambil menjengket-jengket. kepalanya pusing ke tempat lain tak sampai nak tengok suis. tiba-tiba terpancar cahaya yang sangat terang. yang tengah memegang suis tu terkejut sambil memaki dalam hati "makhluk mana laa yang pandai sangat pegi main kamera pagi-pagi buta ni."
habis memaki serentak dia mendengar anak dara dua orang tu menjerit, "weiiiii aniiiiiiissss!!!". sudah...apahal pulak. dalam keadaan belurrr yang tengah memegang suis tanya "amendenye?"
dijawab balik "weih, ko tak perasan ke?"
"apa?"
"benda tu meletup kat tangan kau"
"apa yang meletup?"
"tuuu.."
dia tengok tangan dia. kotak suis yang dia tengah pegang dah cair, berasap dan berbau hangit. dia ambil masa nak berfikir, lepas dia sedar dia campak kotak suis tu konon shock. habislaa. lampu pelamin dah terbakar. tiga-tiga anak dara kelam-kabut. diorang pakat taknak cerita dekat siapa-siapa pun. tengok dekat luar abang pelamin tu dah tak ada. okeee lah tuu..

..

cerita malam esoknya.

semua orang sibuk2. malam itu ada kenduri. pengantin nak buat photoshoot segala. cerita malam semalam masih lagi tersimpan rapi. waktu photoshoot, mak andam tanya dekat abang pelamin, "apsal lampu tu tak pasang?" tiga anak dara ni dah risau. abang pelamin jawab, "tak boleh. lampu tu terbakar dah. malam semalam budak2 tu main meletup fuse box." sambil mata dia tajam ke arah tiga orang anak dara tersebut.

kantoi..
macam mana abang pelamin tu boleh tau??

Rabu, Februari 03, 2010

Did You Know?

1. Did you know, Anish writes too damn slow. It takes about 20 minutes for her to copy a 180 words length of article.


2. Did you know, there are at least 8 living creatures inhabiting her bag. 3 of them can only be found on sharks.


3. Did you know, apple flavoured Tropicana Twister tastes better than orange.


4. Did you know, about 7% of chlorofluorocarbon emission that contributes to the thinning of ozone layer comes from Anish's daily usage of deodorant sprays, hair sprays and air fresheners.


5. Did you know, Anish is not a six footer. What you've seen before was only optical illusion. She's only an inch above five feet which about 156cm.


6. Did you know, Twilight saga sucks and totally overrated.


7. Did you know, Anish is not a tech geek. So, don't bitching around her talking about high tech computers, softwares and gadgets cuz she wouldn't get a thing.


8. Did you know, kacang goreng dengan nasi lemak memang tak masuk. Siapa la yang pandai2 pegi buat combination tu?


9. Did you know, Anish walks around the town with her bags full of chocolates, candies and Eclipse breath mints. You shall not found money more than RM20 with her on normal occasion. So, it's just a waste of time if you planning on robbing her.


10. Did you know, I'm already out of facts. Haha.



Disclaimer : None of the above facts have approval from any responsible parties. Believe at your own risk.

Selasa, Februari 02, 2010

Jewellery Gedabak

Melangut sorang dalam fantasi sambil menanti giliran yang bila entah nak sampai.
Sfera mata terlekat depan peti siaran leka tengok penyampai rancangan yang tak berapa nak hensem pun.

Neuron2 dalam otak jadi makin bosan. Kelopak mata lama dah suruh pejam.
Aku tukar posisi. Semua manusia dalam ruang tunggu klinik x-ray tu habis aku perhati.

Satu makcik ambil parking kat bangku depan. Kita namakan sajalah makcik ni Jeton. Makcik Jeton aku tengok normal je. Sama macam mak-mak aji yang kau semua biasa nampak. Styling ringkas tak over mana.

Tak lama lepas tu masuk pulak satu makcik lain. Yang ni aku nak bagi nama Makcik Kiah.

Makcik Jeton nampak Makcik Kiah.
Konversasi bermula.
"KIAHHHH! Ape kabo? Mike pun nak ngambik esrey ke?"
Makcik Kiah pun jawab la "Lahhh...Jeton! Iyele."
Diorang start bukak cerita yang aku tak ingin pun nak ambil tahu.
Sambil tu, Makcik Kiah punya tangan dihulur nak beri salam.

Tu dia...aku dah nampak dah. Makcik Kiah punya gelang emas sebesar dan selebar jam ODM cap ayam adik aku. Fuyooo makcik!
Tangan kanan Makcik Jeton pun menyambut salam sambil yang kirinya membetul-betulkan tudung.

Dahla. Takde ape yang seronok nak tengok pun. Aku tengok orang lain pulak lah.

Eh, kejap. Aku tengok balik Makcik Jeton.
Naahhh...hambek kau! Makcik Jeton buat counter attack. Betul2 tudung ade sebab rupenye.
Menjelmalah kau rantai emas labuh yang setebal tali jerut orang.

Geli hati tonton sketsa percuma depan mata :)
Mak ngah tiba2 membisik kat aku dalam nada sarkastik, "Along tengoklah. Tu la dia perangai orang perempuan. Dan2 tu jgk nak tunjuk." Aku gelak tanda paham.

Sketsa tamat.

..

Yelah Makcik Jeton, Makcik Kiah. Aku nampak la. Ye, aku kagum tengok korang punya barang kemas sebab aku tak mampu nak miliki semua tu. Koman2 pun aku pakai kalung silver karat yang ayah&mak bagi masa 17th birthday haritu je.

*tersengih*

Tu la dia...TYPICAL MALAY WOMEN. Tak ada yang boleh kalah. Segala materi yang ada kena pamerkan.
Salah satu perangai keji orang melayu bagi aku. Tiada niat menghina sebab aku sendiri orang melayu. Cakap2 pun pusing balik kat aku kan?
Tapi sorry la, aku tak dapat nak join korang sebab aku tak cukup kaya nak miliki semua tu.
Tak cukup tipikal nak melayakkan diri masuk kategori eksklusif ni.