Jumaat, Mac 19, 2010

Aku hidup untuk apa?

Sana sini manusia bertanya.
Apa kau pilih?
Apa kau nak belajar?
Apa kau nak jadi nanti?
Ulanglah frasa yang sama setiap hari, mesti mual kau rasa.

Setiap hari aku kerah neuron aku bekerja.
Satu kali kerah, ikut kata akal.
Dua kali kerah, ikut kata hati.
Tiga kali kerah, ikut kata perasaan.
Berkali-kali kerah, langsung tak jadi semua.
Susah mahu fikir segala jawapan. Teruknya feeling aku, satu jawapan pun tidak tercipta. Yang ini buat aku salute pada pemikir-pemikir agung dunia. Apa rupa otak kau orang? Kalau bagi aku pinjam sekejap boleh? Fikir perkara ini yang paling remeh bagi kau orang, aku rasalah.

Satu kali aku paksa otak aku hingga maksima. Naik sedikit ke tahap yang lebih edvans. Sedikit sebanyak aku dapat bayangan masa depan.

Di situ aku berdiri, mencurah bakti pada anak bangsa. Menyampai ilmu.

Di situ aku berdiri, memerah otak yang Arif Rozain (smile aghif! :D) kata sangat bergeliga mencari solusi. Menghapus kekusutan.

Di situ aku berdiri, memberi khidmat kepada manusia lain. Menyampai bantu.

Di situ aku berdiri, mengurus niaga usaha sendiri. Suka hati mengumpul harta.

Jujur mulut ini katakan, segalanya masih kabur lagi bagi aku. Apa sebenarnya tujuan masa depan aku? Yang telah tentu belum terfikir lagi. Yang telah pasti aku mahu hidup senang. Senang rupa bentuk apa, juga belum pasti lagi.

Sekarang aku fikir seronok. Fikir gembira. Fikir bahagia. Fikir berjaya. Fikir yang terbaik dalam segala yang terbaik.

Ini yang orang tu bagi. Cara2 melangkah untuk hidup selagi tak mati...
1. lahir
2. belajar
3. kerja
4. belajar
5. kahwin
6. belajar
7. anak
8. belajar
9. menantu
10.belajar
11.cucu
12.belajar
13.tertib

So far, aku masih di nombor dua. Jauh lagi perjalanan. Melangkah yang ke tiga ini buat aku pening. Berfikir-fikir. 

Aku hidup untuk siapa?
Aku hidup untuk apa?

Aku hidup untuk diri sendiri.
Aku hidup untuk ayah&emak.
Aku hidup untuk keluarga.
Aku hidup untuk menghambakan diri kepada tuhan.

*diam

Menghambakan diri kepada tuhan? Cukup baguskah aku digelar hamba tuhan yang baik? Cukupkah amal aku seumur hidup ini? Cukup layakkah aku mahu menapak kaki di firdaus tuhan mahupun mencium sepalit pun harumnya? Mampukah aku lengkapkan semua sebelum tiba yang ketiga belas? Sebelum mati?

Heh, selama ini aku pentingkan diri.
Meraja nafsu.
Mengutama kepuasan.
Jauh di lubuk hati, takut pada tuhan tetap wujud.

Haha.
Ha.

a-san yang pathetic mahu berubah. Hidup berteras tujuan untuk dicapai, digapai. Mula dari noktah terakhir itu aku tukar mindset. Harap mampu terlaksana hingga tertib segalanya.


Yang masih tercari-cari tujuan hidup,
a-san

Jumaat, Mac 12, 2010

Imperfect yet contented

pagi :

bangun macam nak pergi sekolah. subuh dah jaga. padahal tak boleh tidur konon takut. cari emak merengek macam budak kecik sebab takut. siapa yang kenal mak aku taula, dia buat duno saja.

semua dah berangkat ke sekolah. tinggal aku sorang2. baring, tengok siling, otak blank. haihh bosannya. tengok jam ada lebih kurang lima jam sebelum pukul dua belas. apa nak dibuat lima jam yg membosankan tu -.-

sarapan pagi special. mi sup tu masin. nanti sarapan kedai lain pulak la. pusing2 teluk intan, tengok rumah kawan. buang masa masuk balai polis. gebang dekat abang main gate nak masuk balai. haha.


tengah hari :

siap2 nak gerak pergi sekolah. penat tunggu cik adik sorang ni bawah pokok. masuk dewan, kami antara yang last nak ambil result. bangga rasanya. haha. cari2 muka puan rosmina. "cikgu manaaa..tak sabar ni nak ambik result."

selesai settle semua sijil dah ambil baru cikgu bagi result. satu2 cikgu sebut. kalah aku waktu itu. konon tahan kuat, tapi menangis. malunya menangis depan cikgu. aku rasa sangat puas hati :D dapat apa yang aku nak dan yang tak pernah aku nak expect. seronok sangat sampai lupa ayah ada kat belakang.

kawan-kawan baik yang lain dapat result gempak2. takpa lah. aku tau kemampuan aku.
adilah, congrats kawan. kau hebat dapat straight As.
izatul, sayang slacked 1 B still okay what if nak banding ngan aku.
syiro, kau pandai sikit dari aku lebih 1 A. hahaa sebab aku tak ambik akaun :p

habis di sekolah, lepak2 di restoran fast food. dalam kereta aunty salia bagi izatul 50bucks suruh belanja kawan2. thanks aunty ;) masuk situ, wahh semua muka2 gembira lepas ambil result. berempat masuk situ dengan berbaju kurungnya. satu jam lepak di situ joli2 orang belanja. huhuuu.


petang :

habis joli terus ke tempat belajar memandu. sampai petang kat situ. penat sungguh. tak sempat duduk rehat betul2 pun. mak pun tak jumpa lagi. cepat2lah balik. haihh.


malam :

sambung balik normal life setiap hari. otak still fikir macam2. mak start tanya result. muka bangga beritahu segala ulasan. mak macam tak puas hati. tanya kawan2 lain dapat result apa. aku beritahu, kena balik dengan mak. "tulaa..orang lain a banyak kau sikit je. main lagi. main" hilang terus rasa seronok. ayah pun komen lebih kurang. haihhh. mesti ke nak dibanding-bandingkan dengan orang lain? aku pun bukan la genius mana nak dapat straight As. diri sendiri, aku taula sejauh mana aku boleh pergi.

membawa diri lepas kena marah. cari kakak nak mengadu. nasib kau online :) kau saja yang faham perangai mak & ayah. kau saja yang tau apa nak cakap kat aku lepas kena dengan mak & ayah. terima kasih kakak.

satu hari, macam2 jadi. aku rasa sangat penat tapi puas. aku pentingkan diri sendiri dulu sebelum orang lain, so aku off to bed sangat awal.




yang bersyukur,
a-san



p.s. TERIMA KASIH. I was so grateful that day.
p.p.s. bahasa agak tunggang langgang, otak aku heavy. sori.

Rabu, Mac 10, 2010

entri berperasaan campur aduk.

Resah menanti yang sudah terjadi.
Hanya tunggu tuk diketahui esok hari.

Hatta cukupkah segala luck yg diheboh2 semua?
Sana sini memberi wishes yang belum tentu dapat beri kekuatan.

Berkatnya Khamis pintu syurga dibuka.
Aku menumpang berkat diberi tuhan.

Mampukah lagi tersenyum esok?
Mampukah lagi melihat muka ayahnda bonda tecinta jika punah harapannya?
Mampukah lagi?

Kun Faya Kun..

Bila Allah berkehendak serta menghendakinya, dan pabila Dia telah menetapkan sesuatu maka Allah berfirman kepadanya: "Jadilah", maka jadilah dia.


Yang berperasaan campur aduk,
a-san

Isnin, Mac 08, 2010

Four Days Moments

Fun and laughters
Added with joys
Girl friends, boy friends, best friends, sweethearts
All were in
Who's to who, not the point
Short moment felt like eternal, that's the point
And that was yesterday.

Boredom and silence
Feeling lifeless
One in solitary confinement
One is panhandling self-satisfaction
Desperately, pathetically
And this is today.

Unsure and still a questionnaire
Yet to discover
To be written in memories
Every each single moment
Paradise moments versus hell of a time
Which will wins the battle?
And that will be tomorrow.

Hopes and reactions
Answer that shall be revealed
The time of one's life looms
One patiently waiting
Hoping not to be devastated
And that day, soon to come.

afna07032010

Khamis, Mac 04, 2010

Quizás, Quizás, Quizas

entri tak ada makna.
sekadar menyampai rasa suka di hati :)

lagu sing along aku dalam kereta. ayah terpaksa tahan telinga.
lagu bantu cheer up mood aku. walau liriknya tak ade terpalit sedikit pun dgn stori.
lagu buat joget2 di rumah. akibat nada lagu yang catchy.

aku tak jumpa original version :(
Quizás, Quizás, Quizas

aah. puas hati saja dengan apa yang ada.
Cake - Perhaps, Perhaps, Perhaps



You won't admit you love me.
And so how am I ever to know?
You always tell me
perhaps, perhaps, perhaps.


A million times I've asked you,
and then I ask you over again,
you only answer
perhaps, perhaps, perhaps.


If you can't make your mind up,
we'll never get started.
And I don't want to wind up
being parted, broken-hearted.
So if you really love me,
say yes.
But if you don't, dear, confess.
And please don't tell me
perhaps, perhaps, perhaps.


If you can't make your mind up,
we'll never get started.
And I don't want to wind up
being parted, broken-hearted.
So if you really love me,
say yes.
But if you don't, dear, confess.
And please don't tell me
perhaps, perhaps, perhaps,
perhaps, perhaps, perhaps,
perhaps,
perhaps,
per………….haps