Jumaat, Mac 19, 2010

Aku hidup untuk apa?

Sana sini manusia bertanya.
Apa kau pilih?
Apa kau nak belajar?
Apa kau nak jadi nanti?
Ulanglah frasa yang sama setiap hari, mesti mual kau rasa.

Setiap hari aku kerah neuron aku bekerja.
Satu kali kerah, ikut kata akal.
Dua kali kerah, ikut kata hati.
Tiga kali kerah, ikut kata perasaan.
Berkali-kali kerah, langsung tak jadi semua.
Susah mahu fikir segala jawapan. Teruknya feeling aku, satu jawapan pun tidak tercipta. Yang ini buat aku salute pada pemikir-pemikir agung dunia. Apa rupa otak kau orang? Kalau bagi aku pinjam sekejap boleh? Fikir perkara ini yang paling remeh bagi kau orang, aku rasalah.

Satu kali aku paksa otak aku hingga maksima. Naik sedikit ke tahap yang lebih edvans. Sedikit sebanyak aku dapat bayangan masa depan.

Di situ aku berdiri, mencurah bakti pada anak bangsa. Menyampai ilmu.

Di situ aku berdiri, memerah otak yang Arif Rozain (smile aghif! :D) kata sangat bergeliga mencari solusi. Menghapus kekusutan.

Di situ aku berdiri, memberi khidmat kepada manusia lain. Menyampai bantu.

Di situ aku berdiri, mengurus niaga usaha sendiri. Suka hati mengumpul harta.

Jujur mulut ini katakan, segalanya masih kabur lagi bagi aku. Apa sebenarnya tujuan masa depan aku? Yang telah tentu belum terfikir lagi. Yang telah pasti aku mahu hidup senang. Senang rupa bentuk apa, juga belum pasti lagi.

Sekarang aku fikir seronok. Fikir gembira. Fikir bahagia. Fikir berjaya. Fikir yang terbaik dalam segala yang terbaik.

Ini yang orang tu bagi. Cara2 melangkah untuk hidup selagi tak mati...
1. lahir
2. belajar
3. kerja
4. belajar
5. kahwin
6. belajar
7. anak
8. belajar
9. menantu
10.belajar
11.cucu
12.belajar
13.tertib

So far, aku masih di nombor dua. Jauh lagi perjalanan. Melangkah yang ke tiga ini buat aku pening. Berfikir-fikir. 

Aku hidup untuk siapa?
Aku hidup untuk apa?

Aku hidup untuk diri sendiri.
Aku hidup untuk ayah&emak.
Aku hidup untuk keluarga.
Aku hidup untuk menghambakan diri kepada tuhan.

*diam

Menghambakan diri kepada tuhan? Cukup baguskah aku digelar hamba tuhan yang baik? Cukupkah amal aku seumur hidup ini? Cukup layakkah aku mahu menapak kaki di firdaus tuhan mahupun mencium sepalit pun harumnya? Mampukah aku lengkapkan semua sebelum tiba yang ketiga belas? Sebelum mati?

Heh, selama ini aku pentingkan diri.
Meraja nafsu.
Mengutama kepuasan.
Jauh di lubuk hati, takut pada tuhan tetap wujud.

Haha.
Ha.

a-san yang pathetic mahu berubah. Hidup berteras tujuan untuk dicapai, digapai. Mula dari noktah terakhir itu aku tukar mindset. Harap mampu terlaksana hingga tertib segalanya.


Yang masih tercari-cari tujuan hidup,
a-san

2 ulasan:

Abareeeeef :) berkata...

wah wah terselit namaku :)
baguss dan hebat post ni, muhasabah diri . good good kakak incredible .

a-san berkata...

haha. lajunya baca