Jumaat, Jun 25, 2010

a-san goes to campus



Harap semuanya akan jadi baik.
Lebih baik dari yang sebelumnya.
Tinggalkan yang lepas.
Mulakan yang baru.
Tujukan pada yang akan datang.


Fasa baru.
Hidup baru.
Tempat baru.
Cerita baru.


Rama-rama dalam perut.
Apa yang kau gemuruh sangat ni a-san?
Aku tak boleh berhenti senyum sengih.
Perhh gigi macam pagar.
Nampak taring aku. Hahaha


*seronok*

eagerly eager,
a-san

Selasa, Jun 22, 2010


In real life, Kurt Cobain mati.
Kurt Cobain aku pun dah mati lah.
Nak sayang lagi pun dah tak guna.
Yang dah lepas semua dah jadi.
Terima kasih untuk semuanya.

Bye,
a-san

Isnin, Jun 21, 2010


Let's get this thing all cleared up.
I know you have the guts.
Prove it.
Grow some balls.
Come and confront me.
The sooner the better.

Bloody awful,
a-san



Ahad, Jun 20, 2010

You're something to me. Spell this S-P-E-C-I-A-L


Entri yang ni berbaur personal sebab aku nak sampaikan sesuatu kepada mereka yang berkenaan :)Jarang-jarang aku buat entri macam ni. Sekali-sekala apa salahnya kan? No harm.


Them my sunshines :D


i-chi
you whom i love the most. selama ni semua benda buat dengan you hun. sekarang dah lain. rindu you sangat sangat. kalau dapat jumpa pun sekejap. kita kembar mak bapak asing-asing kan? haha. sampai sekarang pun ada lagi orang tengok muka kita serupa.you ada taring, i pun ada. tapi beza beza rupa kita you chubby sangat hun. geram okay. meh sini nak cubit cubit pipi you. you know, i simpan lagi words yang you bagi i tu."Yeah, no doubt you'll always be my num one. Ilyt :))" Ingat lagi tak? all these time, you've gave me a lot hun. taktau macam mana i nak return balik semua tu. you tempat i nak mengadu apa apa hal. i banyak trouble you kan. sorry :( and thank you so much for being there everytime. i love you.


Ila
first of all sorry kalau kau tak suka gambar ni. tapi gambar kau ni lah yang paling aku suka. aku pun tak ingat sape snap gambar ni. either aku or shamie. kau kawan aku dari kecik. kau la aku kenal paling lama. aku suka kawan dengan kau. kau banyak cakap. dari kecik lagi aku suka follow kau. nak buat pape pun biasa mesti aku suruh kau dulu. kan? kan? haha. sebabnya aku ni tak berani dan kau la yang paling berani pernah aku kenal. ila kau awesome dan superb. cayalah ila. i love you jugak :D






Syiro
syiro, syiro, syiro....so much to be told bout you. kau sweet sangat sangat. baik gila. haaa..kau lagi keding kan? heheh. our last days together were so precious. time tu i-chi takda dah. kau jela nak buat teman lepak petang petang. nasib baik kau tolak modelling offer pergi london tu. kalau tak sure terkontang-kanting aku kat sini takde kawan. aku boleh nampak future kau cerah sangat. kau memang semangat tinggi nak jadi accountant. nak banding dengan aku ni, haihh tak tau lah. entah menjadi ke tak accountantnya. anyways, goodluck in your life. do the best and remember i love you.


Dilah
miss nutty. nak merepek meraban segala dengan kau lah kan. kadang tu sampai tak terlayan aku. haha. kau memang aku respect lah dilah. otak kau apa macam? meh sini bagi pinjam kat aku. kau ganas. suka cubit cubit pipi aku. kadang tu sampai merah. kalau kau peluk aku lagilah. ketat nak mati. sakit tu memang sakit. tapi aku suka :p lepas kau balik plkn lagi lah bertambah ganas kau tu. oh btw, kau pergi belajar oversea nanti jangan lupa kat aku okay ;)




Qie
peranan kau dalam life aku lebih kurang macam i-chi lah. tempat aku nak mengadu segala. pape masalah aku kalau i-chi tak dapat nak tolong aku cari kau. kau pun bila mengadu kat aku, aku ambik tau jugak. aku try nak tolong. ingat lagi time kau hilang dulu? aku dengan i-chi kelam kabut jugak mencari mana kau pergi. kau memang jenis suka menyendiri kan kalau ada pape masalah. pergi macam tu je. tenangkan fikiran. tau tau je dah muncul balik. qie, kau ni kreatif. tapi kebelakangan ni aku dah tak berapa nak nampak kau punya kreatif tu. tak tau la maybe sebab kau baru balik plkn so kau tak sempat lagi nak sambung kerja designing kau tu. tapi aku teringin nak tengok kau punya artwork baru. anyway, terima kasih sangat sangat sebab sudi nak jadi tempat aku mengadu tanya itu ini. kau layankan jugak aku yang banyak songeh ni. 


Iejatt
Macam mana tah aku boleh tertinggal nak buat pasal dia ni. Ni budak kecik kecik je. Dah la tu comel je. Aku geram gila tengok kau tau tak Jat. Kita dah kenal since darjah tiga aku rasa, tapi tak pernah rapat gila gila. Best dapat kawan dengan kau. Riuh mulut kau. Bila kau dengan Ila bergabung, perhh power korang punya riuh macam Goku dengan Bezita bergabung super saiyan. Hahaha. Thanks Iejatt kau dah banyak tolong aku, guide aku masa susah masa aku perlukan pertolongan. Terima kasih banyak banyak. selamat maju jaya jadi cikgu. Macam mana tah nanti kau kena buli student kau lagi besar dari kau. :p


Aghiff
wuuu. ni adik incredible aku. kalau dengan kau mcflurry tu mesti nak kena sentuh. selagi aku tak belanja kau mcflurry satu mesti tu yang keluar time sembang kan? budak tuff tak reti sakit ni. parkour sampai koyak rabak tissue tu pun tak serik serik lagi. tau la kau incredible sangat. the best goalkeeper at al-amin *orang cakap* sekarang ni apsal tetiba pulak nak comel comel haa. pandai dah ye :p bila ntah nak lepak kat setiawangsa dengan kau and i-chi. kita punya deal, i-chi bawak supersampler, aku bawak holga, kau bawak diana F+. kan? eh yeke? aku tak ingat. kau diana ke aku diana?






Kak Nor
meet kak nor. the one and only. minus sound and soul. kalau ila aku kenal paling lama, kau aku kenal paling..err baru? tak. kejap? tak. aku tak ada perfect word nak describe friendship kita ni. haha. best bila hang out dengan kau. best lah. kau suka mengusik kan. kadang kadang tu sakit hati jugak. tapi aku tau kau gurau gurau. kalau otp dengan kau malam malam tu boleh sampai tergelak gelak tak boleh nak berhenti. kau la yang ajar aku main basketball. before kau pegi matriks pagi pagi jog dekat speedy dengan kau and ila. kau tak kedekut, bila orang mintak belanja kau belanja. aku lah tu yang rajin mintak belanja. haha. satu benda aku lupa nak cakap kat kau. dari haritu. kak nor, sorry tau aku tendang kau haritu. sape suruh kau ketuk ketuk kepala aku dengan bola tu. kan dah kena sepak. These what i quoted from you, "macam macam kisah. ish ish ish. tapi ta pe. i'll be beside you." thanks :)




yours truly,
a-san

p.s. gambar korang semua aku main curi je. sorraaayyy

Sabtu, Jun 19, 2010

a-san goes to campus. wee :D (rant on myself)


Oyeaaa. Last week. Dull. Boring. Heh. Top 10 reasons why my last week over here sucks :


1. I'm grounded.
Yeahhh. One used to say, hidup ni macam roda. Kadang-kadang kita dekat atas, kadang-kadang kita kat bawah. First aku kat atas. Seronok tak ingat dunia. Tak reti nak balik rumah. Then dah balik rumah, aku turun ke bawah. Grounded sampai mati. Hah bagus :D


2. Daily routine aku paling boring dalam dunia.
Bangun tidur, mandi, makan, jemur kain, masuk bilik, baring atas katil golek-golek, lipat kain, tidur, tak buat apa, dengar lagu, tak buat apa lagi sampai petang, petang keluar bilik, pegi mandi, malam duduk dalam bilik baring atas katil golek-golek lagi sampai tertidur. Interesting kan?


3. Anti-social much
One of my friend pernah tanya if i'm anti-social ke? I don't think so. BUT, after checking my text messages inbox, i think i need to reconsider his thought tu. Just take a look at my inbox content ni :


I-Chi (C)
Nina :D
I-Chi (C)
I-Chi (C)
I-Chi (C)
I-Chi (C)
Kak Nor (C)
S R <3
Meerul
Nina :D 


4. Aku dah tak ada nafsu.
Jap! Jap! Jangan fikir benda lain dulu. Lately nafsu aku nk buat benda dah hilang. Nak tengok telly, nak online, nak main, nak lepak, nak sembang, nak buat pape jelah. Memang tak ada mood gila nak buat. Semangat tak ada.


5. Am i sick or what?
Ever wondered why i'm so kepeng? hah, here's my secret. You eat-a-lot, then you barf-a-lot and naturally you sweat-a-lot. Sure you keding dan kepeng macam saya and these lately that barf-a-lot part became a-lot-lot. But hell, aku rasa ada orang lagi kepeng dari aku. Apsal aku jugak yang korang nak panggil kepeng.


6. Penniless
I am destitute of money. Check my purse, money, nada. Receipts, mucho. Macam mana nak hidup ni? Id, macam mana i nak belanja you one set flaming platter kat mfm ni *excuse :p


7. Adik aku perangai macam !#$% -.-
Untung sape dapat adik perangai baik nak mati. Adik aku. Huh! Benci macam mana pun adik aku jugak. Sayang tu still ada.


8. Need to cancel my tournament entry.
Tournament, 27th. UiTM, 26th. Ughhhh. No point pegi gym training every week.


9. People hate me.
Do you? If you're not, good then. Those who hate me, next time aku kerek kerek lagi kat korang oteyh? ;) Go die lah. Apsal korang sakit hati sangat dengan aku? Aku tak kacau hidup korang pun.


10. This is what happened when i'm havin pms.
Yeahh. I'm so creative of making people annoyed with me when i'm having pms. Mood swings. Can't help it bebeh. Those whole reasons from the first till the ninth can be concluded into one simple thing which is this tenth reason of mine. Cheers.

FML -.-,
a-san

Jumaat, Jun 18, 2010

note-to-self


"Tula ako madahkan kada maasihi, badulat tokahai."

padan muhak ikam,
a-san


p.s. : tak paham lantak kau lah. bukan aku nak suruh kau faham pun.



Selasa, Jun 08, 2010

You've told me once, I'm your ecstasy and know I want you to know that so do you to me ;)



Fasa baru. Bawa muka pandang hadapan. Fikir akan datang.
Yang sudah lalu simpan jadi kenangan. Buat jadi pedoman.
Hidup baru, tempat baru, manusia baru. 
Mampu atau tidak. Wallahu a'lam.

Bukan aku tinggal kamu, bukan aku lupa kamu.
Rindu tetap ada.
Sayang masih dalam.
Jangan aku pula yang dilupa.

Pesan aku pada kamu,
Jangan dianggap rendah diri itu. Bukan loser kamu itu.
Jalan bukan satu. Cara bukan tak ditahu.

Yang dirasakan gelap itu perlu diterang
Yang dirasakan bagai sampah itu perlu dibersih.

Kamu tanya aku,
Apa yang perlu dilaku?
Terus terang aku kata, bukan aku selayaknya ditanya.
Hidup kamu, bukan hak aku untuk pandai-pandai merancang.
Walau apa kamu pilih, mungkin akan ada yang aku rasa tak senang.
Tapi ingat saja aku sentiasa di belakang.

Ini pendapat aku untuk kamu,
Bukan di mana tempat jadi penentunya.
Bukan nama jadi tentu berjayanya.
Yang penting itu niat. Bila ada niat, pasti kamu mahu. Usaha tentu ada.
Di hujung nanti jadilah hasilnya.

Yang di luar lihat kita tak seperti yang lain.
Tapi kamu pun tahu, bukan itu yang hendak sibuk diambil kisah.
Kamu jelas pada aku,
"Nak kena buat macam mana bagi nampak? Pegang tangan? Peluk peluk? Cium-cium? Pakai baju couple?"
Hahahaha. Memang kamu buat aku gelak sayang.
Tak perlu. Biarlah orang.
Bukan cara kita nak buat diorang terhibur macam tu.
Cara kita lain kan sayang?
Cerita kita masih pendek lagi.
Harapnya masih ada lagi masa untuk dipanjangkan.
Hingga keluarnya frasa "They live happily ever after"

Bukan selalu aku jiwang begini.
Hanya bila aku fikir Kurt Cobain aku ;)

Ilebiu.

*senyum*

Perasan Courtney Love kamu,
a-san