Ahad, September 30, 2012

:'(


rindu ayah rindu mak rindu shira rindu opai rindu farha rindu amad rindu mican rindu momoe rindu ribbon rindu nugget wuwuwuwuwuwuwuwuuuuuuuu nak balik rumah T________T


a-san


Selasa, September 25, 2012

tumpul


Banyak sebenarnya yang dia keluhkan
Cuma dia tak pernah suarakan hadapan aku
Marahnya dia pada aku
Kecewanya dia pada aku
Banyak.

Aku yang payah membantu bila diperlukan
Aku yang tak pernah memenuhi bila diharapkan
Aku yang selalunya tak mengotakan apa yang dijanji.

Aku tahu, apa yang dilihatnya pada aku
Yang gemarnya seronok saja
Yang sukanya berfoya
Yang hebatnya bila membuang masa.
Tu semua aku lah tu.

Alasan aku,
Aku belum mahu berhenti seronok
Sebabnya aku takut dengan tanggungjawab itu
yang memang dah sepatutnya aku penuhi sejak azali pun
Hah. Itu dia. Ceritanya aku elak dari tanggungjawab aku pada dia.
Dan jadinya, dia tak ada seorang yang dekat untuk dia pandang tinggi. Buat contoh.
"along" aku cuma gelar dia buat aku saja. Tanggungjawabnya aku buat dunno.

Malam lepas, sembang kami buat timbul rasa bersalah aku pada dia.
Sedang dia sedih itu, mahunya aku.
Mahu lihat aku, borak dengan dia.
Itupun tak dapat aku penuhkan.
Cuma nota-nota ringkas dapat aku hantar.
Serba salah sungguh sampai saat ini.

Kamu, jangan sedih-sedih lagi ye.

along taktau nak gembirakan kamu macam mana,
a-san