Rabu, Oktober 28, 2009

Aku mahu beri kamu semangat

"Kanser paru-paru tahap 4. Dah tak ada apa lagi yang kita boleh buat. Operation tak boleh, kemo pun tak. Cuma tinggal beri semangat sahaja pada dia"
Pertama kali sampainya berita itu, tiada perasaan langsung. Lama selepas tu barulah fikiran berfungsi balik. Aku berkata pada diri sendiri kembali, "Biar betul. Takkanlah kot."

Pelbagai perasaan tiba-tiba datang pada diri. Sedih, risau, takut. Tak boleh nak digambarkan.Tanpa diri sedari,air mata tiba2 jatuh. Diri ini aku gagahkan buat menerima hakikat yang sebenarnya. Dalam percaya dan tidak, aku teringat kembali masa dulu. Masa2 kami bersama. Waktu aku masih kecil. Betapa gembiranya aku luangkan masa bersama dia. Masa2 dia menjaga aku. Hingga kini dia masih bersama aku. Tapi sekarang, siapa tahu.

Perasaan bersalah teramat sangat aku rasai. Dua tiga tahun belakang ini, aku selalu abaikan dia. Kadangkala tak endahkan dia. Bukan kerna rasa benci, bukan jua kerna rasa menyampah. Cuma aku tak mampu nak penuhi semuanya.

Sayangnya aku pada dia mungkin beza dengan yang lain. Yang lain itu tak pernah dijaga oleh dia. Tak pernah buat dia risau bila kita jatuh dari tingkap rumah atas. Tak pernah merengek pada dia bila sakit2. Aku menangis dalam senyap saat ini. Tidak mahu yang lain melihat.

Dengan baki masa yang tinggal ini, yang aku sendiri tak tahu berapa lama, aku kata pada diri aku ingin buat dia gembira. Tak mahu lagi buat dia rasa hampa. Tak mahu lagi sedihkan hati dia.

Tak dapat nak ditahan rasa sedih ini. Aku tak mampu hadapi lagi satu kematian. Mungkin kau lihat aku kuat di luar, tapi dalam hati siapa yang tahu.

Isnin, Oktober 12, 2009

Teman

Seumur hidup ini berteman, belum lagi aku rasa keseorangan
Ada yang seketika, ada yang berpanjangan
Sesingkat mana perkenalan kita, aku hargainya
Selama mana perkenalan kita, aku hormatinya
Membawa memoir-memoir indah untuk aku ingat, sentiasa.

Teman datang dan pergi,
Ada juga yang berkekalan.
Dahulu kita mungkin teman rapat,
Tapi sekarang jarang aku lihat, lagi mahu ditegur.
Dahulu kita mungkin tidak mengenali,
Sekarang pula, setiap masa ingin aku luangkan masa bersama kalau boleh.
Bentuk apa jua keadaan kita sekarang, mungkin tidak akan serupa dengan sebelum dan yang akan datang
Kerna itu, aku hargai kamu semua sebagai teman juga sahabat dalam hidup aku.

Bagi mereka yang mengenali, namun tidak mengetahui,
Kamulah kenalan. Banyak jua erti kamu dalam hidup aku.
Walau sekadar mengenali, kamulah yang menambahkan pandanganku terhadap hidup ini.

*senyum :) *

afna12102009