Sabtu, November 14, 2009

Sijil Pelajaran Malaysia

SPM
SPM SPM
SPM SPM SPM

18112009-16122009

Selamat maju jaya ;D

Ahad, November 08, 2009

tolong jangan buat aku macam ni.

tolong. aku pohon. aku minta.
tu saja aku boleh cakap, dengan diri sendiri sajalah.
nak cakap pada kamu, aku tak boleh.
nanti dikata tak hormat orang tua.
aku dah tekad nak beri kamu semangat.
tak nak beri layanan macam dulu lagi.
tapi kalau dah macam ni perangainya. haihh..manalah aku nak tahan.

hari2 biasa aku jadi tak keruan. kerja rumah sana sini.
pelajaran lagi. periksa dah nak dekat. masa tu jugak kamu panggil aku.
nak aku buat tak tahu saja, dengan suara sayu kau panggil aku. tak sampai hati.
kalau aku biarkan saja, bersalah sangat2.

bila dia panggil, aku datang dengan hati yang berat.
bila dia mengaduh sakit, suruh picit belakang dia,
aku buat saja. tapi dibelakang dia tulah aku menangis.
menangis kerana apa, aku sendiri tak tahu.
segala perasaan ada. sedih, marah, tertekan, tak keruan.

mak pula kata "nak dekat periksa, makin rajin kamu keluar rumah ye"
mak, macam manalah nak duduk kat rumah kalau dah macam ini keadaannya.
tak boleh tahan. bersalah juga bila aku asyik keluar rumah saja.
tinggalkan mak dengan dia. rasa macam aku tambah beban mak.

mak pun kata lagi "dah nak exam asyik online je! ape nak jadi!"
online, satu-satunya bahan aku nak release tension.
semua orang rasa pelik, kenapa aku rajin online padahal exam tinggal berapa hari saja.
sekarang aku beri tahu kau orang, dgn korang la aku boleh rasa aman (sekejap).

bila aku dengan ayah, aku mengadu kat ayah.
ayah pun rasa yang sama. ayah cakap kat aku "nak buat macam mana, orang tua. nanti kita tua pun perangai macam tu jugak"
apa yang ayah cakap kat aku tu pernah sekali buat aku harap aku tak nak hidup sampai ke tua, nanti menyusahkan orang.
fikir2 balik, nauzubillah. berdosa besar doa mintak mati.
sekarang aku cuma harap nanti aku dah tua aku tak sakit teruk macam dia.


tolong...tolonglah tuhan.