Selasa, Jun 08, 2010

You've told me once, I'm your ecstasy and know I want you to know that so do you to me ;)



Fasa baru. Bawa muka pandang hadapan. Fikir akan datang.
Yang sudah lalu simpan jadi kenangan. Buat jadi pedoman.
Hidup baru, tempat baru, manusia baru. 
Mampu atau tidak. Wallahu a'lam.

Bukan aku tinggal kamu, bukan aku lupa kamu.
Rindu tetap ada.
Sayang masih dalam.
Jangan aku pula yang dilupa.

Pesan aku pada kamu,
Jangan dianggap rendah diri itu. Bukan loser kamu itu.
Jalan bukan satu. Cara bukan tak ditahu.

Yang dirasakan gelap itu perlu diterang
Yang dirasakan bagai sampah itu perlu dibersih.

Kamu tanya aku,
Apa yang perlu dilaku?
Terus terang aku kata, bukan aku selayaknya ditanya.
Hidup kamu, bukan hak aku untuk pandai-pandai merancang.
Walau apa kamu pilih, mungkin akan ada yang aku rasa tak senang.
Tapi ingat saja aku sentiasa di belakang.

Ini pendapat aku untuk kamu,
Bukan di mana tempat jadi penentunya.
Bukan nama jadi tentu berjayanya.
Yang penting itu niat. Bila ada niat, pasti kamu mahu. Usaha tentu ada.
Di hujung nanti jadilah hasilnya.

Yang di luar lihat kita tak seperti yang lain.
Tapi kamu pun tahu, bukan itu yang hendak sibuk diambil kisah.
Kamu jelas pada aku,
"Nak kena buat macam mana bagi nampak? Pegang tangan? Peluk peluk? Cium-cium? Pakai baju couple?"
Hahahaha. Memang kamu buat aku gelak sayang.
Tak perlu. Biarlah orang.
Bukan cara kita nak buat diorang terhibur macam tu.
Cara kita lain kan sayang?
Cerita kita masih pendek lagi.
Harapnya masih ada lagi masa untuk dipanjangkan.
Hingga keluarnya frasa "They live happily ever after"

Bukan selalu aku jiwang begini.
Hanya bila aku fikir Kurt Cobain aku ;)

Ilebiu.

*senyum*

Perasan Courtney Love kamu,
a-san

Tiada ulasan: