Jumaat, April 16, 2010

macam suey


Oyeah. Mood aku kali ni mood nak bercerita pasal hari aku dalam tatabahasa yang tunggang-langgang. Ahah.
Okay, harini (semalam, 15April) aku terasa macam suey sangat. Bad luck aku dari semalam (kelmarin, 14April) bawak ke harini.

Bangun pagi sekitar 7.00a.m. aku dah rasa tak sedap hati dah. Rasa macam ada benda tak kena harini.
"Ah a-san, lantakkan. Jangan hiraukan sangat rasa tu. Kau kan nak pegi makan sarapan dengan budak busuukk tu kejap lagi kan. Chill lah."
Hmm..okay. Bukak pintu bilik,
"ehh pukul berapa ni? Apsal Puan Noor Aziah dengan Ahmad Suhail Mizan masih dirumah lagi?"
Alamaaaakkk...cancel cancel >.<
"Hello..hmm. Mak ada kat rumah tak kerja harini nak jaga mican dia demam. Tak jadi lah karang. Cancel ye. Next time okay. Sorry :("

Hmmphhh....*muka frust*. Tidur balik la dah camtu jadinya.
Uhh. Adehh. Bagus. Bagus sangatlah. Perut sakit, rasa nak muntah. Pagi ni jugaklah nak kena food poisoningnyaaaaa. Haihh. Jangan tanya berapa kali aku keluar masuk jamban nak memuntahkan balik segala makanan tercemar itu.

11.30-3.00 Approximately three and half an hour. Apa nak dibuat ni???
*tekan tekan taip*

Ahaaa...tengah hari tu berWHN sekitar bandaraya metropolitan Teluk Intan.
Dan....highlight of THA day :D

Di sebuah persimpangan jalan raya (persimpangan sebenar dirahsiakan), incik pilot sedang menumpukan perhatian mahu cross the road, cik co-pilot pulak melihat ke arah incik pilot mahu admiring pujaan hatinya. Tapi...tapi..waktu itu ada yang lebih menarik perhatian cik co-pilot daripada pilotnya itu. Straight forward dari arah kanan lima batu nautika ke timur, dari jauh datang lagenda hijau melulu lajuuu.....gedeganggg!!! (saun efek lima bintang). Co-pilot menjerit (dalam hati je, agaklah aku nak menjerit at that point. tak macho derr. tak machoo). Lagenda terbabas, melambung, berpusing-pusing (hiperbola semata). Homigoddd...siriyesli shocked siaaa. Aku dah cuak gila time tu dohh, tengok orang tu marah-marah lagi dah halo halo sape tah. Otak dah fikir bukan bukan dengan sedikit rasa trauma. Oh yeah, kau duduk diam je kan a-san? Tak tau nak buat apa. Pandai. Memang pandai sangat kau handle situation ni a-san. Bravo! Bravo!

Untung laa..kau ada hero who saved tha day yang pandai menyelesaikan masalah. Cool saja dia settlekan segala sedangkan aku yang dalam kereta dah rasa haruuu sangat. In the end, destinasi terakhir ke tempat yang dirasakan paling selamat. Hahaha. Pandai pandailah nak teka tempat tu. Saki baki masa dihabiskan dengan duduk tak buat apa sambil menenangkan diri masing-masing.

Petang pulak lepak dengan yang tersayang (yeah, percayalah. aku sayang korang sume. tak tipuu). Teruja sikit sebab nak pergi main inline. Lame beno dah tak main inlinenye yeoppp (kalau kak nor ni mesti dia cakap aku dah sangap nak main ni. hahaha). Tapi yelahh kan, tajuk pun 'macam suey', tah berapa kali terjatuh, tersembam, tergelincir macam orang tak pernah main inline seumur hidup. Fyi, dengan riaknya aku nak bagitau ni aku tak pernah lagi terjatuh sepanjang berinline skating sampailah ke hari yang macam suey ni -.-"

Lepas petang, kalau skip senja, malam lah kan? Yes, yes! Malam ni yang paling aku tunggu :D Sebab apa? Sebab..sebab...sebab aku dah lama tak keluar malam. Dah lupa dah apa rupa Teluk Intan waktu malam (tipu). Dalam seronok-seronok malam tu pun sueynya still ada lagi. Haihh bila la nak sampai expiry date dia nih? Haa oke. Malam tu tak payah la cerita apa aktiviti aku. Yang dah tau tu senyap senyap jelah. Itu malam, bertemankan bad luck yang mendampingi sepanjang hari, aku yang lemah ni (cecewaahh) dikenakan tumbukan padu seorang lelaki dalam lewat 20an tepat mengenai mata kiri yang aku sayang sangat. Oh, kalau nak tau aku paling sayang kat mata aku lebih. Fo yo info jelahh.
Back to the stori,
Uhh..mate aku >.<
"Demmm. Hidung aku! Please pleaseeee jangan lah berdarah. Jangan lah kat sini. Bukan waktu ni" 
Serangan balas aku nak terajang kepala orang tu tak berjaya. 
"Kamon lahhh,you can do it better and faster",better and faster?Wakk lu. 
Provokelah aku macam mana pun, kalau dah tak larat namanya tu memang aku tak larat lah. Lagi satu, orang tu yang panjang macam galah dengan aku yang kaki pendek. Ada paham? 
Kalau tak paham meh sini aku buat mathematical equation dia,
(kaki pendek + sakit + tak larat) - panjang macam galah = agak-agak kena dak?

Balik rumah tak boleh nak tidur dengan badan yang sakit. Terima kasih in edvans dekat dua orang ni yang i most adored sebab ada nak temankan aku, layan kerenah aku sampai tiga pagi. Thanks suwit hart. Thanks sayang. Ilebiu =)

-TAMMAT-

Morale of the stori : Kalau saja nak cari masalah, cari pasal, for sure akan dapatlah *kata-kata seorang yang berpengalaman*

Tapi kau memang trouble-seeker kan? 
Sepanjang hidup suka cari masalah. 
Padan muka kau a-san, sape suruh keluar rumah sakan sampai tak ingat nak balik rumah.

Oh ohh. Tengah hari tu will be our top ten best moments together kann :D and and and mata aku, sikit punya cantiklahhh lebam dia. Warna hitam. Macam panda dia cakap. Mekaseh sayang sebab tuamkan ais kat mata tu :p Azam tahun baru aku kali ni, aku taknak keluar rumah bersosial dengan teman-teman hinggalah hari Ahad berlalu bersama-sama lebam di mata ini. Hahahahaaa
Last words, viva la suey day -.-'


I think I'm jinxed,
a-san

3 ulasan:

Kumbang berkata...

Fyi, dengan riaknya aku nak bagitau ni aku tak pernah lagi terjatuh sepanjang berinline skating sampailah ke hari yang macam suey ni -.-"


tapi macam yg kau cakap, "tak sah lah kalau tk jatuh main benda ni(inline)" XP

a-san berkata...

yelah. dah sah la semalam tu. haha.

J berkata...

jatuh dan bangun resam kehidupan.