Sabtu, April 24, 2010

laluan



Makin berubah belakangan ini.
Makin menjadi perangainya.
Makin pandai berdalih kerap kali.


Bisa dilihat pada sfera matamu.
Bisa dierti pada otakmu.
Yang sedar dan yang tidak.
Aku sedar, aku makin berubah.


Aku yang degil.
Aku yang kepala angin.
Aku yang suka mencari pasal.
Aku yang malas mengerah keringat.
Aku yang fikirnya tak pernah nak elok.
Aku yang suka keriet segala macam alasan.


*diam*


Sini mahu aku katakan, ini jalan yang aku pilih.
Antara benar dan tidak. Antara betul dan salah.
Tidak lagi mahu aku persoalkan.



Pada yang memandang jelik cara aku, tidak, aku tak meletak salah pada kau.
Mungkin kau betul, mungkin cara aku ini hanya menambah dosa, mungkin....segalanya bertiti atas kata mungkin itu.
Kau jelik dengan cara aku, tak apalah. Terima kasih in edvans sebab pernah mengenal aku.
Kau mahu fuck off dari hidup aku silakanlah. Bukan aku paksa.
Kau mahu tetap dalam hidup aku marilah. Aku akan hargai kamu sepatutnya.


Pada yang senang dengan cara aku, senyum lebar aku beri pada kamu.
Tidak mahu aku menarik kamu ikut serta dalam cara aku, tapi jika itu yang kamu mahu. Sukahatilah.
Tidak relevan atau tidak patut, tapi inilah jalan yang telah aku pilih.


Harap semuanya akan baik,
a-san