Selasa, Februari 16, 2010

Kelam-kabut

Semua nak jadi waktu ni. Cuti dah bukan cuti. Diorang balik, aku suka. Elok2 semua ada macam2 jadi. Kelam-kabut. Definisi diri aku minggu ini.

Kelam-kabut #1
: Duit takda. Papa kedana satu minggu nih. Haihh =.=' Nak beli barang pinjam dulu dekat ayah, lain kali ganti. Sorry ayah.

Kelam-kabut #2
: Aku buat lagi. Bila aku lupa diri keluar perangai buruk. Aku cetus provokasi. Yang tak patut cerita aku cerita. Sorry sayang.

Kelam-kabut #3
: Dia sakit. Tu dah memang hakikat. Semua orang pun cakap, "Tak boleh buat apa dah. tunggu masa saja." Tiap kali aku temankan dia pergi jumpa doktor, doktor kata "jangan bagi dia makan itu, makan ini. okay?" "okaaay doktor". Tapi bila dekat rumah semua dia nak makan. Aku nak bagi salah, tak bagi salah. Mak kata jangan bagi, mak ngah pulak kata bagi je nanti dia dah takda kamu menyesal. Macam mana niii??? Anak2 dia sendiri cakap macam tu, aku yang muda ni nak buat yang mana satu? Dia pulak, tiap-tiap masa panggil aku suruh buat itu ini. Tak mampu aku nak buat tiap masa. Bila larat je baru aku pergi kat dia. Awal-awal dulu memang aku menangis, tak boleh terima. Tapi sekarang, nak menangis pun aku dah penat. Aku terima saja hakikat. Sorry opah.

Kelam-kabut #4
: Sakit datang balik. Tak apalah. Aku dah biasa. Tinggal nak makan ubat je. Sorry badan.

Kelam-kabut #5
: Makhluk paling aku sayang sakit jugak. Mata dia dah sakit. Dia dah tua :( Aku selalu lupa nak bagi dia makan. Bila balik rumah dia cari aku bising2 mintak makan. Aku buat tak tahu saja. Sorry Thom.

Kelam-kabut #6
: Amad kena pelentung. Aku tak nak dekat dengan dia. Sorry Amad.

Kelam-kabut #7
: Lepas Amad, Mican demam. Tengah hari tu, dia baring dekat aku. "Mican, pegi baring dalam bilik kat akon, luar ni panas." Dia nak baring dekat aku jugak. Senyap je. Tengok2 dia badan dia kejang. Menjerit aku "ayaaahhhh!!!" . Kaku. Aku tak tau nak buat apa. Mak dengan ayah cepat2 bawa Mican pegi hospital. Shiraro tanya "apsal?". Aku belurr lagi. Tau2 je menangis tak boleh nak jawab. Kenapalahhh aku tak boleh perasan dia nak kejang lagi. Sorry Mican.

Kelam-kabut #8
: Mican kena warded. Yang sorang ni tak balik2 lagi dari pagi. "Woi, ko tau tak adik kau kena warded. Tak ingat rumah ke!" Ayah dengan mak tak ada, hal dekat rumah semua aku handle. Mana aku nak cari dia nihh? Kunci motor kena sorok pun kau boleh lagi merayap-rayap. No sorry untuk kau Opai.

Kelam-kabut #9
: Semua hal jadi. Waktu lepak Khamis kena cancel. Aku cakap kat diorang, "Kita tukar Isnin ye. Aku ada prob niii. Soriii". Nasiblah diorang faham. Sorry korang.

Kelam-kabut #10
: Cancel segala projek aku esok. Nak buat kek untuk birthday mak dengan ayah tak jadi. Diorang sendiri tengah susah hati. Sorry ayah & mak.

yang kelam-kabut,
a-san


2 ulasan:

J berkata...

word of the month.
ckp berdego-dego.

a-san berkata...

yela. aku semua berdego-dego kaan