Jumaat, Julai 02, 2010

Minggu Destini Siswa (MDS) @UiTM Perak (rant on orien week)



Sabtu 26/6/2010
: Pagi pagi lagi bertolak dari taman aman, kampung bahagia. Mak aku pesan, "kau pegi awal, boleh dapat asrama depan". heh.aku datang awal, blok paling belakang sekali diorang bagi. siot je -.- Kolej Indera Mulia, Melati 1106. Roomates terbaik lah aku rasa. Semua satu kepala. Nureen from Chemor, Arin from Manjung, and Mimi from Gombak. haha. untung aku tak dapat roomates dari negeri pelik pelik aku tak suka.


: Back from Manjung pegi lunch, balik balik kat kolej. Taklimat Sahsiah Rupa Diri @Pusat Islam Bgn Baru (PI). bapak gila jauh kena jalan kaki. approximately 1kilometer lebih dari kolej pegi PI. Fuck ah. Pakai baju kurung, tudung biasa turun bawah pin tiga, kasut sukan, dalam kain pakai seluar sukan. Dress code sepanjang MDS. Aku pun macam, damn >.< haha. sape yang kenal aku taula ape perasaan aku. Aziela pun merungut benda sama kat aku. Dalam banyak banyak tu berapa je aku ikut? Semua ah! Tolak dalam kain pakai seluar sukan je. Agak ah aku nak pakai camtu. Bukan peha aku gila flabby sampai melecet nak kena pakai camtu.


Ahad 27/6/2010
: Pendaftaran Pelajar Baru @Dewan Seri Iskandar (DSI) sebelah PI je. Boring. Jalan lagi. heh.


: Petang sampai malam taklimat lagi. Takde yang seronok pun.


Isnin 28/6/2010
: Taklimat. Taklimat. Taklimat. Tiga kali boring lagi. Malam tu aku ponteng aktiviti segala. Bertenang je tak pegi DSI. Lantak ah kantoi dengan OC ke hape. Aku taknak pegi.


Selasa 29/6/2010
: Hari tu aku rasa seronok sangat. Gelak ketawa segala dengan member. Tapi kawan kawan aku selalu pesan, jangan seronok sangat. Haa. Haritu sangat interesting. Pagi ada Perasmian MDS. Petang sampai senja ada taklimat lagi.


: Cerita senja sampai malam, aku panggil Tuesday Hister Havoc. Why huh? Sini aku cerita. Senja tu lepak kat PI. Orang sembahyang maghrib aku huhahuhaa kat bawah PI dengan member. Tetiba akak OC suruh ktorang buat benda pelik. Pusing badan mengadap kat DSI. Dia tak bagi tengok depan sebab depan tu hutan. Aku boleh agak dia buat macamtu ada kena mengena dengan hister case semalamnya. Tapi cerita tu tak ramai tau pun. Thanks kat Kak Ju cepat je bagi aku info. Hahah. Then tetiba akak OC ramai ramai rushing ktorang suruh masuk DSI cecepat. macam pelik. Orang tak habis sembahyang lagi dah suruh gerak. Haa time tu lah aku nampak permulaan kepada malam tu. Kakak-kakak OC tengah keliling sorang budak pengsan sambil takbir kuat kuat. Aku ignore jelah. Sure budak tu kena sumthing tapi dah pengsan. Masuk DSI lepak dekat tingkat atas. Fyi, tingkat atas tempat favourite aku dengan member nak duduk sebab : boleh nampak whole dewan, duduk atas row lelaki, abang OC jaga atas hensem ohh. haha. Dalam dewan lepak lepak. Tak lama pastu aku dengar suara perempuan menjerit jerit. Naah, dah start dah. Serious kuat from PI sampai DSI jauh gak tu. Tak lama pastu benda tu berjangkit masuk dalam dewan, sorang budak menangis nangis menjerit, pastu sorang, pastu sorang lagi, sampai merebak satu dewan. Tingkat atas paling havoc ah aku rasa 1/3 dari students kat atas tu kena hister. Kiri, kanan, depan, belakang aku budak hister je ah. Damn lah. Kenapa benda camni nak jadi. Haihh. Aku dengan the rest tersepit kat depan tingkat atas tu tak boleh pegi mana mana sebab belakang semua orang hister. First time kot aku experience benda ni. Kawan aku pesan jangan tengok diorang just kuatkan semangat. That whole night, satu tempat je aku tengok so boleh distract aku dari tengok yang kat belakang, tu row bawah, siswa. Haha. Lepas dah calm sikit keadaan, siswi semua boleh balik kolej. Siswa kena tinggal kat DSI dengar taklimat Tajol Rosli. Best kan Kak Ju? Hahah.


Rabu 30/6/2010
: Taklimat lagi, pegi fakulti, taklimat lagi, petang riadah larian UiTM. heh. penat. besar area situ. Malam taklimat dan taklimat lagi.


Khamis 1/7/2010
: Pagi sampai tengah hari taklimat + ceramah -.- Petangnya sesi Amanat Naib Canselor live from UiTM Shah Alam. Jeles aku tgk budak budak sana. Rules takde ketat macam kat sini. Tahpape. Gila boring ah dengar orang bagi ucapan. Atas dewan tu dahla best, depan kipas, lagi aku nak tertidur ah.Tak boleh tidur le. Abang OC sepanjang masa jaga. Haihh. Rasa nak maki tapi tak sanggup. Hensem sangat. Suka gila tengok. Haha. Oh ohh. Semangat gila aku nyanyi lagu UiTM yang dua tu. Apsal tah. Jakun je. Hahaha. And this was the end of MDS! woohooo! no more rules pelik pelik, kena tengking dengan akak OC, berjalan ulang alik,


: Malam lagi ada taklimat. Pelik dohh UiTM ni. Taklimat je memanjang padahal MDS dah habis. Malam tu ponteng lagi. Seronok ah memonteng aktiviti senyap senyap. Tapi aku rasa akak akak OC dengan ketua aras dah boleh mark muka ktorang. Sebab ktorang kalau pagi nak keluar paling lambat, malam nak balik paling cepat. Bila ktorang takde tu, haa... Tak kantoi lagi. haha.


dan dan dan


Jumaat 2/7/2010
: Hari buat kad metrik. Pagi sampai petang. Pagi orang lain dah gerak pegi DSI, budak Melati 1106 je takde sebab diorang sedap membuta sampai pukul sepuluh. Again, ponteng aktiviti. Bertenang je duduk kat kolej takde nak penat penat, takde nak kena tengking, takde nak lain lain lagi ah. Tengok orang lain semua pakai macam waktu MDS lagi. Shit ah. MDS dah abis. Ape kau nak lagi ni haa? Mimi and me keras kepala taknak ikut rules, keluar kolej pakai baju kurung biasa, kasut biasa, no more pin tudung tiga lagi. Ohh. Siswa UiTM batak dohh. Tak pernah tengok orang. Pegi DSI lama dengan niat nak buat kad metrik. Sepanjang jalan orang memandang. Lantak ah korang. Ape aku kesah. MDS dah abis. Keluar je dewan, nampak tu tuu haa, abang OC biro disiplin. Dalam hati "heh, sure abang tu tanye ni". Yeah, memang kena tahan pun. Dengan loghat klate nye dia tanya ktorang "baghu sampa ko?" aku pun macam, "haa", dia tanya lagi "baghu sampa harini ko?" aku tak berapa dengar. Dia tanya soalan cepumas, "ni kenapa ni?" dengan selamba menjawab "MDS dah habis kan?" abang OC terdiam "oh". Hahaha. Kau nak tengking ktorang lagi ke? MDS dah habis ahh!


comments :
+ dugaan tengok jantans. segala macam jenis ada. haha.


+ siswa gelabah semacam. haha


+ babi ah nak kena jalan ulang alik kolej - PI - dewan makan (kolej) - DSI - PI - dewan makan - DSI - PI - dewan makan - PI - DSI - kolej. penat gila gila. kaki sakit melecet mengelupas segala -.- aku tak sempat lagi nak check berat aku lepas jalan jalan 'cardiovascular exercise' ni.


+ mandi kalau ikutkan pukul empat pagi dengan tengah malam je. Jadual macam taik, tak sempat nak balik kolej buat apa pun. kotor kotor busuk busuk pegi makan, masuk dewan, pegi sembahyang. memang sedap ahh.


+ nak tidur sedap memang tak ah! habis kuat pun dua jam je. aku sebab ponteng ponteng tu la boleh tidur lama sikit. tapi kesian kat kau kan Aziela. 


+ one week habis RM20 phone credits. heh. calling calling room mates, texting hardcore dengan Id. Tu je pun. Aku memang tak reti nak plan aku punya belanja kat sana ah. Pegi koperasi je pun dah macam macam aku beli. Makkannya tak jugak :/


+ Kolej dengan fac aku macam kutub utara pegi kutub selatan, dua dua kat hujung dunia. Fac aku dekat gate depan, kolej aku dekat belakaaaannnggg sekali -.- 


+ Serious aku boleh rasa aku boleh jadi lagi jahat kat sini. heh.


+ Thanks to a few friends back at t.i yang tanya khabar aku masa Tuesday Hister Havoc. Cepat je ko update status fesbuk ye Kak Ju.


+ MDS a.k.a. Minggu Dera Siswa. suxxxx


+ One week @UiTM tiga kali demam. Bagus betul -.- elok elok tunggu bas korang suruh jalan kaki redah hujan. macam bangang kan?


+ Finally i'm home. Apa aku bawak datang, aku bawak balik. Satu laundry bag penuh baju kotor, satu luggage isi baju bersih. hahah




MDS dah habis :DD,
a-san



Tiada ulasan: