Selasa, Mei 04, 2010

masih tahan sabar ini



"wei tunggu tau nanti"
"aah. yelah yelah"
 
mulut kamit mengucap ya dalam hati rasa keluh.
lagi sekali menunggu dari yang berpuluh puluh kali sebelumnya.
kata kerja paling lemah mahu aku kuasai.
physically or metaphorically.
 
pernah kau rasa seksa menunggu?
tak seronok tau tak?
percayalah. dengan riaknya aku kata aku pakar dalam hal menunggu ni.
dari kecil aku dah dibiar menunggu 
dalam segala hal, segala materi, segala agenda.
 
tunggu.
menunggu.
tertunggu-tunggu.
 
kalau rasa hati kau baik jangan pernah suruh aku menunggu.
cakap saja dalam kata sebuah kemungkinan.
kalau rasa hati kau busuk suruhlah aku tunggu.
cakap pula dalam bentuk suatu perjanjian yang dimestikan.
 
orang suruh tunggu memang aku tunggu.
dalam ikhlas dan tidak aku akan tetap menunggu
satu dua tiga kali kau buat boleh lagi aku tahankan
tapi kalau itu yang diamalkan, dalam tunggu itu ada kata maki aku.
cuma kau tak akan mendengar apa yang dimaki.
yang kau dapat hanya senyum lebar aku pada sfera mata kau.
muka tipu aku.
 
dalam bencinya tunggu itu ada bawa baik pada aku.
tunggu ajar aku bersabar.
tunggu ajar aku kawal perasaan.
tunggu ajar aku betapa penatnya menunggu.

waiting and waiting and waiting,
a-san

Tiada ulasan: