Jumaat, Januari 08, 2010

Repekan aku

Satu hari dia ajak aku couple. Siapa dia? Baru kenal dua tiga hari dah jauh perginya. Macam tu punya senang ke orang sekarang? Patutnya..

Aku suka kat kau. Pernah kau tahu tak? Lama aku simpan perasaan ni. Kau tak pernah perasan pun kan? Nasiblah aku tak kemaruk kat kau. Kau tak tunjuk respon, aku dah tak nak simpan perasaan tu lagi dah. Aku tahu diorang lagi lawa dari aku. Sikit pun aku tak wujud pada sfera mata kau. Tak apa. Aku boleh terima itu. Mungkin bukan kau untuk aku. Mungkin tuhan tetapkan yang lagi baik dari kau untuk aku. Biar kau terus jadi angan-angan aku saja.
Buka mata, buka hati. Lihat dunia ini guna perspektif berbeza.
Anis, jangan jadi bodoh!

Pernah dulu mereka tanya, "apsal kau tak nak couple? takkan kau tak suka sesiapa kot?"
Bohonglah kalau aku kata aku tak suka sesiapa pun. Selama ni pun aku elak saja tak mahu cari teman. Sama lagi sekarang. Yeah, I'm single and luvin it ;)

Kakak aku beritahu lagi baik kalau single sekarang. Nanti dah masuk uni taklah menyesal macam dia sebab lagi ramai yang lebih baik bila bandingkan dengan yang ada disekeliling aku sekarang ni. Okay, aku ingat yang ini.

Aah, salah apa kau fikir tu!
Mungkin ya, mungkin tak. Mana aku tahu, aku tak pernah cuba semua tu. Bukan macam korang kan? Expert habis bawah tajuk ni.
Cehh, blah la! Korang pun budak-budak lagi. Sure sangat dia takdir kau sampai mati?

Biarlah dia muncul dengan sendirinya. Pasti ada. Bukan satu perkara untuk aku risaukan pada umur ini. Lantaklah orang kata aku kolot, ikut cara lama. Aku suka macam tu, biarkan.

..

Masa dulu Izat kata kat aku, "kita jangan couple sampai habis sekolah."
Aku suka idea dia. Yeah, kita suceed kan Izat!

Aku sayang dia lebih dari perasaan suka aku kat mana-mana lelaki handsome.
Tak pernah aku tahu kau perkara yang terbaik untuk aku.

Izat budak baik. Sejak dia kenal aku, macam-macam aku ajar dia. Benda bukan-bukan, idea-idea yang tak patut, pelan-pelan jahat. Banyak juga pengaruh negatif aku beri kat dia. Maaf ya sayang.

Waktu lapang yang panjang nilah aku nak luangkan masa dengan kawan-kawan yang tersayang. Sebelum semua jadi sibuk balik. Sebelum semua tercampak merata-rata. Kita habiskan masa joli bersama ya kawan!

Sudahla.
Lagi banyak aku kata, lagi merepek jadinya.
Lagi banyak yang kamu baca, lagi kosong maknanya aku rasa.
Haha.

Tiada ulasan: