Sabtu, September 12, 2009

sampai mati

Sumpah.
satu kata yang mudah manusia ungkapkan
pakai sebut sahaja
pernah tak kau fikir, betapa besarnya makna sumpah itu?
Dulu, waktu kecil
sikit2 sahaja mesti nak pakai sumpah
pasal benda kecil pun keluarlah kata itu
sumpah dibuat permainan
siapa kisah?
siapa peduli?
zaman kecil, akal pun kecil
masih bodoh lagi

Tapi kini,
aku sudah erti dengan kata itu
sekali dilafaz, jangan pernah nak tarik balik

AYAH & EMAK. sumpah aku sayang diorang sampai mati
sumpah yang sangat pasti
bukan macam sumpah orang2 sekarang
si boyfriend kata "sumpah sayang awek aku sampai mati"
si girlfriend pun kata yang sama
TAK. aku bukan mereka
sumpah mahu sayang orang tu sampai mati
padahal belum tentu bersama sampai akhir hayat
memeterai kata pada yang tak tentu lagi
sesuatu yang unsure
tiba2 sahaja dah putus
hilanglah semua sumpah dulu
macam tu sahaja...

Tipulah kalau aku kata sayang aku kat AYAH&EMAK sangat perfect
tiada cacat celanya
Tipulah kalau aku beritahu aku tak pernah marah pada mereka
tak pernah terasa dengan mereka
Sudah fitrah manusia,
tak pernah puas dengan apa yang ada

Bila dah ada satu benda, hendakkan yang lain
Bila dah dapatkan yang lain itu, masih belum cukup

Tiada perkara pun dalam dunia ini yang mampu gantikan mereka bagi aku
Tiada mana insan pun
Tiada sebarang materi jua

aku tahu, aku banyak buat salah pada mereka
aku tahu, aku selalu buat mereka marah
aku tahu, mereka kecewa bila aku tak capai harapan mereka
salah aku juga pada mereka
maafkan aku
Sumpah aku sayang kamu berdua sampai mati!

Tiada ulasan: