Jumaat, Ogos 27, 2010
Untuk Perempuan-Perempuan Aku di Setiap Hari
Malam itu kita nyanyi bersama melodi sumbang tak ada yang hirau
Malam itu kita menari bawah bulan penuh tak ada yang melihat
Malam itu kita rasa sejuk dinihari tak ada yang memanggil pulang
Malam itu kita ada sama lepak tepi bukit tak ada yang mengganggu
Malam itu kita lihat bintang tak ada yang rasa indah lagi waktu itu.
Kita rasa indah waktu itu dengan suka, dengan seronok, dengan senang hati. Main balik waktu sebelum malam itu, berapa ketika sebelum malam itu. Marahnya kamu pada aku. Hilangnya percaya kamu pada aku. Punca atas salah aku pada kamu berdua, lagi janji yang aku telah mungkir.
Rasa salah amat sangat pada kamu dua. Kali ke berapakah tak lagi aku kira kernanya aku tau, not worth it untuk dihitung lagi. Konfesi aku pada kamu dua, memang aku yang salah, mohon maaf semaaf-maafnya. Tak patut aku putuskan suatu yang aku tak mampu laksana.
Waktu kamu sebagai Perempuan-Perempuan Aku di Setiap Hari makin pendek. Waktunya tidak lama. Nanti bukan kamu lagi jadi Perempuan-Perempuan Aku di Setiap Hari. Waktu yang makin pendek ini yang aku mahu hargai,
sebelum wujud rasa asing antara kita
sebelum orang lain yang kejut aku bangun pagi
sebelum kita berada merata
sebelum hilang tempikan kamu pada aku bila aku memecah sepi
sebelum kosongnya kamar kecil yang kita kongsi bersama.
Moganya tiada rasa benci antara kita nanti. Tiada benda pahit untuk dikenang. Hanya yang seronok, yang menghilang duka, yang mencetus tawa.
for my dearest bitches,
a-san
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan