Jumaat, Ogos 13, 2010

ramadhan lagi



alhamdulillah.
ramadhan datang lagi. tenang aku rasa dalam bulan ini jika ikut yang lepas-lepas.
penuh berkat, penuh barakah, penuh kebaikan.
setiap bulan ini aku pasang niat,
setiap bulan ini aku pasang tekad,
mahu berubah,
mahu lebih baik,
mahu lebih tenang.


banyak harap aku pada tiap ramadhan,
untuk diri aku sendiri. hanya aku sendiri.
katalah aku pentingkan diri sendiri pun,
bukan aku hirau
sebab...


aku tahu,
bukan hamba yang baik diri ini.
aku tahu,
bukan kuat mana iman diri ini.
aku tahu,
bukan dalam mana ilmu dalam diri ini.


kadang itu, suara-suara kecil membising dalam lubuk hati,
"kau puasa?"
"puasa kosong la"
"tak guna kau puasa, sembahyang pun tinggal"
"eh, kau hidup hari-hari banyak buat dosa, bila je kau ada buat pahala?"
"tak reti ke nak pakai elok sikit? tudung mana?"
"mulut jaga sikit. bahasa takde yang lagi sopan ke?"


kadang itu juga aku buat tak hirau,
dengan rasa berdosa dan bersalah.
yea, aku buka pekung sendiri.
dengan itu lah baru aku rasa malu dengan diri sendiri,
penting sekali malu dengan tuhan.


ya Allah,
aku hambamu yang sangat teruk.
ampunilah dosa hambamu ini.
berikanlah aku petunjuk.
jangan engkau benarkan aku lari dari jalanmu.
aku sangat bermohon kepadamu.
amin.


sangat bermohon kepada yang satu,
a-san

Tiada ulasan: