Sabtu, Mac 16, 2013

manusia bisa terluka


kadang2 luka yang tak nampak tu lah luka yang paling sakit.
luka yang di dalam.




aku satu minyak apa pun takde dalam bilik ni macam madef!@#$%(*&^%ppffftttttt!!,
a-san


Ahad, Mac 03, 2013

i've been observing (rant on girls)


call me evil or anything, tapi personally ni aku rasa menyampah dengan budak2 perempuan sekarang,
gatal nak berlaki, nak ada relationship tapi buat cover line nak cinta halal la love till jannah la segala bagai post gambar habis deep sangat lepas tu bila orang lain "ehemm!" sikit dan2 laa "eh takdelaa, saja je la hikhikhik".
puii.


you either go from these two ways:

1- cakap jela kau memang teringin, study shows ni normal kot manusia umur 18-35 tahun, they must establish close/intimate relationship, consider nak kawen or else, suffer la perasaan lonely tu. (aku belajar human psychological development okay dalam kelas)

2- kau memang tak teringin nak berlaki lagi (i could see this one with most my good friends i.e di dalam kelas dan di kampung halaman yang memang nampak carefree gila diorg :))

don't worry. being the first one doesn't make you the less muslimah than you are right now. ustazah aku cakap dulu, fitrah manusia.

me? i'm the first one and wishing for a real relationship of my own, tapi aku tak mampu lagi untuk yang lebih edvans so sabar jelah. kan?


mengaku jelah tu pun susah sangat,
a-san

Ahad, Februari 24, 2013

Kait Mulut dan Intelektual Seseorang


Seorang rakyat marhaen seperti aku dan pengangkutan awam pergi dan balik itu sinonim amat. Rutin hujung minggu kesana kemari dengan seringgit empat kupang seperti selalu aku ulang semalam. Cuma dalam rutin itu kadangkala ada lainnya, dan semalam bila aku dan rakan lain dalam rutin itu, belakang sebuah saga perkasa masih baru dari kilang dicium dari belakang.
Aduh. Makin lambat agenda kami jadinya.

Mula2 sekali aku perjelaskan,
yang memandu pengangkutan awam itu salah terang-terangan. Saksinya ramai.

Apa yang aku sarankan,
macam selalu orang kata "settle benda leklok", yang salah mengaku salah minta maaf dan buat apa yang patut. yang jadi mangsa, cara "settle benda leklok" juga perlu diaplikasikan. cepat2 settlekan, jangan ganggu laluan trafik orang lain.

Apa yang jadi,
1. di tengah2 jalan sibuk itu jugak, si pemandunya lelaki, turun dan terus tengking pakcik pemandu.

2. pakcik pemandu minta maaf berulang kali tapi terus2 ditengking, dan pakcik pemandu saran buat laporan terus ke balai. bukan kenderaan dia, maka itu yang sebaiknya.

3. dengan tengkingan yang masih belum berhenti, turun pula si penumpang perempuan dengan pakainya yang lagi menutup dari aku

4. diserbunya pakcik pemandu, diamuknya pakcik pemandu baris ayat pertama yang keluar, "pakcik! pakcik tahu tak pakcik bawak ni harta kerajaan!"

5. pakcik pemandu ulang maafnya dan mohon terus dilapor

6. nampak enggannya dua2 itu dibalasnya, "pakcik! jangan kurang ajar! sekarang ni pakcik salah!"

7. yang salah memang salah, tapi sikit pun aku tak nampak pakcik pemandu naikkan suara. tapi diulang2 mereka pakcik pemandu kurang ajar

8. punchline kejadian, penumpang perempuan keluar baris ayat paling menghina, "pakcik jangan kurang ajar! pakcik tu bawak bas rapid ja!"

9. IRONI menampar muka perempuan itu balik.

malulah la woi akak!


aku lambat sampai Queensbay semalam,
a-san


Sabtu, Februari 09, 2013

boleh pakai kot ni.


Nak tau kau cantik ke tidak?
Macam ni caranya.

Ditakdirkan satu hari ada orang yang biasa tengok kau tiap pagi,
tegur dan kata muka bangun pagi kau nak ke toilet tu lawa,
bayhmm! tu baru betul boleh kata kau lawa.
Tak payah mekap, tak payah baju ketat, tak payah baju jarang tu semua.
Kau dah memang cantik secara alami :)
dan jangan lupa, syukur kat tuhan.


serius ni,
a-san


Isnin, Januari 21, 2013


to love a person is to be patient.
never have i asked this
but sometimes i wonder. how much do i mean to you?
sikit pun jadila.
cukup untuk tahu, sayang tu ada.
i don't ask for any other thing
and i could just live dengan yang sikit tu.


i'm just curious,
a-san


Isnin, Januari 07, 2013

yang mana dipegang?


kadang itu aku terkilan lihat saudaraku yang lain pegang mereka pada hukum karma bila sudah pastinya diketahui, Allah itu maha adil.


mengaku ilmu aku sikit tapi ini aku faham,
a-san


Ahad, Disember 16, 2012

aku rindu


aku rindu masa itu
dalam rumah papan kampung
bising hujan menghentam atap zink
malap cahaya mentol pijar
dengan bau minyak tanah dari pelita kaki

sambil minum kopi o pekat
panas dicicah biskut kering empat segi
dengan atok dan opah
sumpah aku rindu ni semua
dan aku rindu mereka dua
al-fatihah dengan air mata.


rindu ini kuat sangat




afna16122012