Ahad, Disember 16, 2012

aku rindu


aku rindu masa itu
dalam rumah papan kampung
bising hujan menghentam atap zink
malap cahaya mentol pijar
dengan bau minyak tanah dari pelita kaki

sambil minum kopi o pekat
panas dicicah biskut kering empat segi
dengan atok dan opah
sumpah aku rindu ni semua
dan aku rindu mereka dua
al-fatihah dengan air mata.


rindu ini kuat sangat




afna16122012

Tiada ulasan: