Selasa, Mac 20, 2012



kecut segala otot perut. dengan hati yang rasa diketuk bertalu. badan terasa keras kaku. bergenang sfera mata melihat yang di atas skrin. itu semua yang aku rasa dua tahun lalu. rasa paling sakit dalam dunia bila aku tahu bohong dan tipu orang itu. pertama kali aku rasa yang namanya cinta, ditoreh hati aku dalam2 pada hujungnya.


dan sekarang aku rasa benda yang sama balik. nasib baik ini bukan bohong dan tipunya dari dia. tapi ini apa yang aku temukan, dia diamkan. sungguh. aku rasa sedih ya amat sampai mahu muntah. bermain-main dalam kepala sampai pagi. buat aku tak mampu lelap.
rabak mental aku cuba fikir apa ada dalam hati dia. senyap2 jauh di sudut aku sejukkan hati "ini semua tak ada apa". rasanya macam tak ada efek kot. 4.44 pagi, 1 kertas periksa menunggu, aku yang tak boleh tidur lagi. otak aku sibuk fikir apa sebenarnya ada dalam hati dia.


ok, dan apa yang aku takutkan selama ini. sfera mata aku lihat pada skrin kaca. dititipkan satu satu kata pada mulut, kenal sungguh aku nama tu. nama yang aku tahu, aku jauh tak beri makna padanya banding dengan sehebat nama tu.


bila macam ni. sumpah aku mahu menangis. sudah2, keluarkan semua itu. habiskan sekarang ini wahai perasaan. balik ke tidur.
dan masa itu juga otak kata jangan, mahu main dengan perasaan, fikir ini semua. ah, jangan kau tidur lagi.


ya Allah, aku mohon tenangkan hati ini.




dengan harapan aku tulis ini boleh buat aku tidur,
a-san

Khamis, Mac 15, 2012

25 things i'd do if you're my boyfriend



1. Make you smile when you are down
2. Try to secretly smell you, but you always notice
3. Stick up to you, but still respect your independence
4. Annoys you a lot
5. Come up to you and put my arms around yours
6. Mess up your hair even if you hate it
7. My hand will always find your hand
8. Be cute when i really want something
9. Offer you plenty of help
10. Literally hit you when I'm upset
11. Never run out of love
12. Be funny, but know when to be serious
13. Realize im being funny when i need to be serious
14. Be patient when you take forever to meet me
15. Be sarcastic when you don't get a fuck of what I'm saying
16. Smile a lot
17. Wakes you up in the morning
18. Appreciate you
19. Help others out
20. Reminds you on important stuffs you need to do
21. Kisses when needed
22. Try to know you better than before
23. Always try to make you laugh
24. Stare at you
25. Text message you for no reason




luv,
a-san



khamis malam Jumaat

Surah Yaseen, verse 82
hari ini aku baca dan dengar
biasa aku baca, baca saja
hari ini aku baca, aku cuba faham
cuba


timbul satu tanya dalam hati,
kenapa tak pernah aku ambik perhatian pada erti
mungkin bosan dengar lidah sendiri
mungkin.


lidah kulit putih lagi menarik buat aku baca
tak ada yang salahnya di situ
tiba-tiba terbuka hati mahu baca yang lidah kulit putih 


ini bukan kira kau hebat baca lidah kulit putih
ini kira aku mahu tahu erti
kurang2 lidah kulit putih bukak hati aku


ini baru,
a-san

Selasa, Mac 13, 2012

konspirasi apa ni



016XXXXXX is calling...


Me: hello?
The other side: ...
Me: helloooo?
The other side: hello
Me: aah yes?
The other side: ni cik Anis ke?
Me: uhuh. yeah. ada apa?
The other side: cik Anis ada buat loan ke?
Me: loan apa ye? *pelis. pelisss jangan cakap ni ptptn >.<*
The other side: loan peribadi
Me: huhh? *puzzled* takde?
The other side: oh


call ended...






makhluk Tuhan mana tu pelik2 jelah. nama dah betul dah -.-" 
agak kalau nak prank call aku pun jangan la pakai idea loan tu




tak paham apa,
a-san

AM fits my mood today



satu hari aku nak get high and attend mana2 live performance diorang dan lepas habis tu, balik bila ada mana2 kawan aku tengok video recording performance tu aku boleh jerit kuat2 dari belakang "i was thereeeeeeeeeeeeeee!!!!!!!!!!!!!!!!" macam mana haris hazizan pernah buat kat aku, fiqa dengan jepa masa ktorang kat highway, dalam kereta, otw nak pergi ice skating sebab malamnya tu dia baru balik dari Paramore live


intro Don't Sit Down 'Cause I've Moved Your Chair sangat eargasmic!




lepas tu aku nak attend Coldplay live pulak,
a-san

Rabu, Mac 07, 2012

pada suatu hari,



ada sorang abang ni, Rozaimi (bukan nama sebenar). dia ada girlfriend.
girlfriend dia, Badariah (juga bukan nama sebenar).
Habsah (pun bukan nama dia) cinta lama Rozaimi.
Sanisah sangat rapat dengan Habsah tapi dalam masa yang sama kawan baik dengan Badariah.
Habsah cuba teruskan hidup lepas dia rasa patah hati kejap bila dapat tahu Rozaimi dah ada Badariah.
Tapi, lelaki jadi lelaki, boleh sayang dekat dua perempuan dalam satu masa.
Bila dapat tahu Rozaimi masih teringat dekat cinta lama dia, Sanisah bangkitkan semangat Rozaimi tentang Habsah, padahal dia tau Badariah girlfriend Rozaimi.
sebabnya, dia rasa itu yang terbaik.


sekarang ni Sanisah rasa berbelak-belak dalam hati dia bila fikir pasal Badariah. kesian pulak kat Badariah.




amenda la diorang ni,
a-san



Sabtu, Mac 03, 2012

rekod tiga haribulan tiga



terima kasih, harini semua orang sukses buat aku upset.


mula2 kamu. yang ni malas nak mention.


and then, kau orang. berapa kali aku dah tolerate, berapa kali aku dah tahan. bukan aku sorang je. orang lain pun banyak dah sabar dengan kau orang. fikir kau orang kawan baik. tu pasal aku sanggup tahan lagi. kalau tak, aku pun taktau apa aku buat


and yeah, maybe kita tak rapat. tapi whyyyyyy??? why abang gerrard? saya baru nak mengubat hati, kenapa tak turun malam niiiiii T_T


okay. that hurts, mak. apa yang mak cakap tu, org tau tu apa yang mak rasa. org tau org tak cukup bagus. maaf mak. tak boleh nak jadi anak macam yang mak nak.




kumpul dari awal, 
yang terakhir skali blow point sukses buat air mata aku jatuh,
a-san