Selasa, Mac 20, 2012
kecut segala otot perut. dengan hati yang rasa diketuk bertalu. badan terasa keras kaku. bergenang sfera mata melihat yang di atas skrin. itu semua yang aku rasa dua tahun lalu. rasa paling sakit dalam dunia bila aku tahu bohong dan tipu orang itu. pertama kali aku rasa yang namanya cinta, ditoreh hati aku dalam2 pada hujungnya.
dan sekarang aku rasa benda yang sama balik. nasib baik ini bukan bohong dan tipunya dari dia. tapi ini apa yang aku temukan, dia diamkan. sungguh. aku rasa sedih ya amat sampai mahu muntah. bermain-main dalam kepala sampai pagi. buat aku tak mampu lelap.
rabak mental aku cuba fikir apa ada dalam hati dia. senyap2 jauh di sudut aku sejukkan hati "ini semua tak ada apa". rasanya macam tak ada efek kot. 4.44 pagi, 1 kertas periksa menunggu, aku yang tak boleh tidur lagi. otak aku sibuk fikir apa sebenarnya ada dalam hati dia.
ok, dan apa yang aku takutkan selama ini. sfera mata aku lihat pada skrin kaca. dititipkan satu satu kata pada mulut, kenal sungguh aku nama tu. nama yang aku tahu, aku jauh tak beri makna padanya banding dengan sehebat nama tu.
bila macam ni. sumpah aku mahu menangis. sudah2, keluarkan semua itu. habiskan sekarang ini wahai perasaan. balik ke tidur.
dan masa itu juga otak kata jangan, mahu main dengan perasaan, fikir ini semua. ah, jangan kau tidur lagi.
ya Allah, aku mohon tenangkan hati ini.
dengan harapan aku tulis ini boleh buat aku tidur,
a-san
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan