Khamis, Julai 07, 2011

Tuhan mendengar



hati yang sangat tak tenteram sampai ditegur mengapa wajahnya sangat gulana. tak mampu lagi nak aku kaver. bagi la surat khabar renyuk, tuala bidang buat tutup muka pun masih orang boleh tahu. tiap hari ditabahkan hati ini. berdinding-dinding cuba dilapis jantung hati. pun...


yang tahu itu, hari2 aku cakap aku menangis. aku nak menangis. sampai bila2 pun. sampai ada lagi air mata yang mampu jatuh. sampai tak tertangis lagi. mak pesan, ada masalah, wudhu'. sejukkan hati dan perasaan. mengadap lah pada Tuhan pada waktu itu. aku buat. sampai ada satu waktu, dalam solat boleh jatuh air mata aku sendiri tak sedar. sumpah, memang solat boleh melegakan. alhamdulillah, memang lega buat macam tu.


siang hari yang tak tenteram, tukar ke malam aku cari teman. bahagianya rasa bila ada yang memanggil. ingat lagi kau orang kat aku :') tak kisah la. kau nak panggil tengah malam, tiga pagi buta, panggil lah. memang aku suka dapat dengar suara teman.




otak yang heavy + hati yang fragile,
a-san

Tiada ulasan: