Khamis, Jun 09, 2011

tolonglah terasa, please.



aku tak pernah ada hati kat kau lah. tolong jangan nak buat ayat gedik2 dengan aku. aku tak suka. aku tak selesa. okay? ye maybe kita asal belajar sama. ye aku tau orang pandai2 match up kita. tapi kau sedar tak tu semua propa? yela orang cakap "saja mengusik. hehehe" tapi sakit hati kot. 


aku tak pernah suka pun semua tu  tapi apa boleh buat, mulut orang. kecik lagi. bodoh lagi. kau ingat cerita rekaan orang ramai tu boleh tahan sampai kau besar sekarang ni boleh jadi realiti? memang kita belajar tempat sama, kena didik dengan benda yang sama, dapat dari cikgu yang sama. tapi cara fikir kita tak sama. tolong faham yang ni. 


kau kawan aku, aku taknak lah sembur kau depan2 cakap kesat sebab aku tau sekali aku cakap, orang akan tersinggung gila. aku cakap elok2 kat kau. tapi kalau kau tak boleh tangkap apa aku cuba sampaikan dari dulu lagi ni, menggedik lagi dengan aku, mungkin satu hari nanti aku kena jadi sombong tak hiraukan kau. *simpan dalam hati*




kalau la aku cukup berani nak cakap macam ni dekat dia,
a-san

2 ulasan:

dakpipimerah berkata...

chill beb~ :)

a-san berkata...

aku tak marah pun actually. rimas. tu je. haha