Sabtu, Mac 12, 2011

masalah mencari kata-kata



satu masalah yang teramat penting bagi aku.
masalah mencari kata-kata yang betul.
kata-kata untuk menyampaikan keinginan.
keinginan dengan keikhlasan.
keikhlasan yang datangnya dari hati kecil seorang umat.


aku tahu aku bukan sebaik-baik umat.
kebergantungan aku padaNya aku harapkan sentiasa.
kerana Dia satu-satunya untuk dihadap tanpa mengira waktu.
tapi, fikir balik masalah aku sebelumnya.
kata-kata yang sukar untuk aku pinta kepadaNya.
susahnya mencari yang betul, risaunya terpinta yang salah.
akhirnya, kembali pada ulang-ulangku setiap kali doa,


ampuni dosa-dosa, 
panjangkanlah iman, 
permurahkanlah rezeki, 
berikan hidayah, 
lindungilah dari segala bala bencana, 
sejahterakanlah hidup 
(untuk aku, ibu bapaku, seluruh ahli keluarga, sahabat-sahabat, dan dia yang aku sayangi)
....
amin, amin ya-rabbal alamin.


mahu aku pohon yang lebih,
tak termampu,
aku bukan umat yang taat padaNya,
dosa tak terkira,
malu meminta lebih daripadaNya.


aku bukan sebaik-baik umat,
tapi selalu ingatkan diri,
jangan melampaui batas terakhir
jangan biarkan agama jadi permainan
jangan neraka jahannam jadi tempat di akhirat.




masih banyak dosa,
a-san

Tiada ulasan: